Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga Rasmi Motor Elektrik BMW CE 04 Diumumkan – Dari RM59K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Harga bagi skuter Mobiliti Urban elektrik, BMW CE 04 terbaharu telah diumumkan secara rasmi oleh BMW Motorrad Malaysia. Model ini dijual pada harga bermula dari RM59,500, atas jalan, tanpa insurans. 


BMW CE 04 memiliki kemampuan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 9.1 saat dan boleh mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j. Empat mod tunggangan ditawarkan mengikut kesesuaian penggunaan iaitu ECO, Rain, Road dan Dynamic.




Menurut  BMW Motorrad Malaysia, motosikal elektrik ini boleh mencapai jarak perjalanan sehingga 130 km. Pengecasan boleh dilakukan menggunakan soket dinding standard berkuasa 2.3kW dalam masa 4 jam 20 minit untuk dicas penuh dari 0%. Sementara itu, menggunakan pengecas pantas 6.9 kW pula hanya 1 jam 40 minit. 




Baca: Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...


Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, “BMW Group Malaysia terus mengorak langkah dalam gagasan visi elektrifikasinya bagi Malaysia. Kami telah menerajui usaha mobiliti elektrik dengan melebarkan portfolio kenderaan elektrik dan juga rangkaian fasiliti pengecasan kami – membolehkan mobiliti lestari dilakukan untuk perjalanan jarak jauh.”




BMW CE 04 ditawarkan pada harga bermula dari RM59,500, atas jalan, tanpa insurans.


Bagi yang ingin melihat model ini dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung selama empat hari, bermula esok, 4 Mei hingga 7 Mei, 2023. BMW CE 04 tersedia untuk tatapan umum di Dewan A1 dan Dewan D di Malaysia Autoshow 2023.


Baca: Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran


Untuk maklumat lanjut mengenai BMW CE 04 baharu, sila layari laman web rasmi BMW Motorrad Malaysia di sini.


Tag:

BMW Motorrad Malaysia
BMW CE 04
BMW CE 04 EV
Motosikal Elektrik
motor EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pertama Kali BMW CE 02 Fun Challenge Dianjur!

Buat julung kalinya, BMW Motorrad Malaysia menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge pada 17 Ogos lalu.

26-08-2024
Berita Auto

Superbike BMW Ini Boleh Capai 314 KM/J –Dari RM289K!

Segalanya yang anda perlu tahu tentang superbike yang meluncur seperti peluru.

11-09-2023
EV

Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...

Skuter elektrik BMW CE 04 kini di Malaysia, menggunakan motor berkuasa 42 hp yang dijana oleh bateri 8.9 kWh. Mampu mencapai jarak sejauh 130 km.

10-01-2023
Berita Auto

Pertama Kali BMW CE 02 Fun Challenge Dianjur!

Buat julung kalinya, BMW Motorrad Malaysia menganjurkan BMW CE 02 Fun Challenge pada 17 Ogos lalu.

26-08-2024
EV

Skuter Elektrik BMW CE 04 Dipertontonkan Di M’sia, Capai 130KM! Ini Spesifikasinya...

Skuter elektrik BMW CE 04 kini di Malaysia, menggunakan motor berkuasa 42 hp yang dijana oleh bateri 8.9 kWh. Mampu mencapai jarak sejauh 130 km.

10-01-2023
EV

Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*

Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.

12-10-2025
EV

Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

Petronas Dagangan Berhad (PDB) dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd.

14-05-2025
EV

MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar

MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.

10-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026