Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hati-Hati Orang PJ!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Hati-hati orang PJ!

Ini kerana pihak polis mengesahkan kes curi kenderaan semakin meningkat di kawasan Petaling Jaya sejak lima bulan lalu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

image.png

Dari Januari hingga Mei ini, sebanyak 113 kes membabitkan kecurian motosikal manakala 60 kereta dan 12 van dilaporkan hilang dalam tempoh itu.

“Paling banyak kes curi motosikal terutama di kawasan flat dan projek perumahan rakyat (PPR).

"Kegiatan curi motosikal ini selalunya untuk mendapatkan alat ganti untuk kegunaan sendiri atau dijual semula," katanya kepada Harian Metro.

 Difahamkan, kecurian dalam bangunan merekodkan 146 kes berikutan PJ mempunyai banyak pusat membeli-belah.

“Selain itu, kes pecah rumah mencatatkan sebanyak 105 kejadian, samun dan ragut (54), mencederakan (36), serta rogol (14).

Bercerita mengenai kejayaan polis di PJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sepanjang tahun lalu termasuk menahan dua individu aktif mencuri kereta mewah.

Pihaknya juga menumpaskan Geng Senu TTDI yang bergiat aktif mencuri komponen lori dan kenderaan lama untuk dijual di pasaran gelap dengan tertangkapnya tiga suspek termasuk dalang utama kumpulan terbabit.


Gallery

Tag:

curikereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026