Link Copiedcheck_circle
Global

Honda CR-V 2023, Ada Hibrid, PHEV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Honda Eropah memperkenalkan model kenderaan elektrik kedua, CR-V generasi keenamnya baru-baru ini.

Biarpun, kebanyakan pasaran global hanya mendapat CR-V baharu dalam kedua-dua versi hibrid enjin pembakaran dalaman dan e:HEV sebaliknya, pasaran Eropah adalah yang kedua di dunia yang menerima varian hibrid plug-in (e:PHEV).

Kedua-dua CR-V e:PHEV dan e:HEV disumbat dengan  enjin petrol 2.0 liter pancitan terus kitaran Atkinson yang dipadankan dengan motor elektrik berkembar.


Walaupun rangkaian kuasa e:HEV mampu menghasilkan 204 hp dan tork 371 Nm, namun pembuat kereta itu masih belum mendedahkan penarafan output untuk CR-V e:PHEV bagi spesifikasi Eropah.


Sebaliknya,  CR-V e:PHEV menggunakan pek bateri litium-ion yang besar  mampu dipandu sejauh 82 kilometer menggunakan mod elektrik.

Sekali lagi, Honda masih belum mendedahkan spesifikasi terperinci pek bateri baharu ini, walaupun ia mengatakan bateri boleh dicas semula sepenuhnya dalam hanya 2 jam 30 minit, dengan syarat suhu bateri kekal pada 25 darjah Celsius.


Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan reka bentuk muka hadapan baharu yang menyerlah dengan lampu hadapan LED yang lebih tipis serta mengapit gril besar.

Hakikatnya, ia tidak sama seperti CR-V RS di Thailand memandangkan CR-V  untuk Eropah tidak mempunyai trim hitam di bahagian luar, namun dipadankan dengan rim aloi 18 inci.


Apa yang penting, CR- generasi keenam ini lebih panjang 71 mm berbanding pendahulunya, manakala jarak rodanya telah meningkat sebanyak 40 mm.

Ruang butnya juga dilihat agak besar.

CR-V versi lima tempat duduk ini boleh dilaras lapan arah manakala ruang kargo 18% lebih besar daripada model lama.

Selain ruang yang lebih besar, reka bentuk bumbung CR-V baharu yang lebih tinggi dengan tiang C yang lebih langsing, ia juga telah menyingkirkan titik buta di sekeliling kereta.


Malah, susun atur pemuka hadapan terbaharu Honda, boleh dilihat pada Civic baharu, dimana paparan infotainmen bersaiz 9-inci terletak di saluran udara tengah, manakala pemandu menerima instrumen digital 7-inci.


Antara kelengkapan lain yang ada pada CR-V ini ialah penghawa dingin dwi zon, pad pengecas tanpa wayar, serta sistem bunyi premium Bose 12. 


Dari segi keselamatan, buat julung kalinya model CR-V 2023 dilengkapi teknologi dengan Honda SENSING 360.

CR-V ini sudah pun dilancarkan secara rasmi dan ia akan mula dihantar di beberapa pasaran Eropah pada akhir tahun ini.


Sebaliknya, harganya masih belum didedahkan tetapi jika dibandingkan dengan harga CR-V pemasangan tempatan (CKD) di Thailand, ia dijual pada harga RM186,478 manakala  e:HEV RS pula RM225, 956.

Gallery

Tag:

Honda Sensing
Honda CR-V 2023
Honda CR-V Hybrid
Honda CR-V phev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Honda WR-V Harga Keras Tapi Ada Level Tersendiri

Pandu uji Honda WR-V, patutlah masih laku.

24-01-2024
EV

Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.

Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.

18-02-2022
Kereta Baru

Harga CR-V Spec Paling Tinggi, Boleh Tahan

Harga CR-V RS sudah didedahkan.

11-01-2024
Berita Auto

Penampakan Honda CR-V 2023 Di Thailand

Penampakan Honda CR-V 2023 di Thailand.

12-09-2022
Berita Auto

11,300 CR-V Terjual: Terajui Segmen SUV Saiz Pertengahan No 1 2024

Honda CR-V laku keras sejak dilancarkan dua tahun lepas.

07-02-2025
Global

Tak Masuk Akal, Honda Cipta Kereta Lumba Yang Boleh Pecut Macam Pelesit

Honda menghasilkan sebuah kereta lumba dengan menyumbatkan enjin yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 800hp.

20-02-2023

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026