Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jangan Berangan, Mana Boleh Hapus Tol

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi menghapuskan tol, kerajaan tidak berhasrat untuk mengambil alih syarikat konsesi lebuh raya kerana menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya ia dilaksanakan.

Itu kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Sebaliknya beliau berkata, kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan berkenaan apabila keadaan kewangan dan fiskal negara stabil.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.


Terdahulu, MP Padang Besar Rushdan Rusmi bertanyakan strategi pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan lebuh raya bertol.

Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang tidak tertunai selepas beberapa tahun mentadbir negara.

Malah, Rushdan meminta Menteri Kerja Raya menyatakan strategi Kerajaan Madani untuk menghapuskan tol lebuh raya dan apakah usaha yang dijalankan ke arah itu.

Namun, Alexander berkata,  kerajaan sentiasa komited dan fokus kepada agenda untuk menangani kos kenaikan harga barang dan juga mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Apa pula pandangan anda? 


Gallery

Tag:

kerja raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Raya Aidiladha Ni, Orang Pantai Timur Dah Tak Sangkut Jam!

Raya Aidiladha Ni, Orang Pantai Timur Dah Tak Sangkut Jam!

Jalan baru di Raub akan dibuka Ahad ini.

19-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026