Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lexus RX 2023 Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi? Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Lexus Malaysia telah berkongsi video teaser SUV Lexus RX generasi kelima melalui laman Facebook rasminya, semalam.


Diperkenalkan buat pertama kalinya pada bulan Jun 2022, Lexus RX serba baharu  ini ditawarkan dalam empat varian iaitu  RX350, RX350h, RX450h+ dan RX500h F Sport Performance.


 


RX350 dikuasakan oleh enjin T24A-FTS turbo 2.4L yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan melalui transmisi automatik Direct Shift 8 kelajuan. Output tertingginya ialah 275 hp/430 Nm. 


RX350h dikuasakan oleh enjin empat silinder aspirasi natural 2.5L  A25A-FXS dengan sistem hibrid siri-selari yang digabungkan dengan bateri 1.6-kWh. Kuasa disalurkan kepada sama ada roda hadapan atau kesemua roda (E-Four) melalui transmisi eCVT. Kuasa maksimum yang mampu dicapai ialah 246 hp/316 Nm. 


Seterusnya,  RX 450h+, varian hibrid plug-in yang menggunakan enjin empat silinder aspirasi natural 2.5L A25A-FXS, dengan gabungan motor elektrik hadapan (180 hp/134 kW) dan belakang (54 hp/40 kW)  yang menerima suapan tenaga daripada bateri lithium-ion 18.1-kWh. Sistem ini membolehkan RX 450h+ mencapai output 302 hp. 




Varian tertinggi, RX500h menggunakan enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2.4L T24A-FTS dengan sistem hibrid selari yang digabungkan dengan motor elektrik belakang (eAxle). Kuasa daripada enjin disalurkan kepada roda hadapan, sementara motor elektrik pula kepada roda belakang, sekaligus menjadikannya sebuah kenderaan pacuan semua roda. Output tertingginya 366 hp/550 Nm.


Dibina berdasarkan platform TNGA (GA-K), penggunaan platform GA-K membuatkan RX kali ini memiliki pusat graviti yang lebih rendah sehingga 15 mm berbanding model sebelum ini. Platform ini juga membuatkan RX 2023 90 kg lebih ringan. 




Dari segi rekaan, RX masih mengekalkan penggunaan gril eksklusif Lexus jenis spindle namun dengan corak yang lebih kecil dan kurang ‘tajam.’ Model kali ini menggunakan rim bersaiz antara 19 hingga 21 inci. 




Bergerak ke bahagian dalam, reka bentuk papan pemukanya kelihatan lebih ringkas, lengkap dengan sistem infotainmen bersaiz 9.8 ke 14 inci yang kini boleh dikawal dengan menggunakan sentuhan jari pada skrin, tiada lagi ciri Remote Touch. 


Varian Apakah Yang Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia?


Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa untuk pasaran Malaysia, Lexus RX 2023 ini nanti akan ditawarkan dalam dua varian  iaitu RX350 Luxury pada harga antara RM470k hingga RM480K dan RX500h F Sport pada harga yang dianggarkan antara RM510k hingga RM520k.


Lexus RX Yang Kini Ditawarkan Di Malaysia


Buat masa ini, Lexus RX yang ditawarkan di Malaysia dijual pada harga antara RM429,888  untuk varian RX300 Premium hingga  RM470,888 bagi varian RX300 F Sport.

Apakah pendapat anda mengenai Lexus RX 2023? Kongsikan pandangan di ruangan komen yang disediakan di bawah. 

Tag:

Lexus Malaysia
Lexus RX
Lexus RX 2023
Lexus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

SUV Mewah Off-Road Lexus GX 2026 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia

Lexus Malaysia beri bayangan pelancaran SUV Lexus GX generasi ketiga. Model body-on-frame tujuh tempat duduk ini hadir dengan enjin V6 Turbo dan teknologi off-road E-KDSS.

28-11-2025
Kereta Baru

Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888

Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.

29-07-2025
Kereta Baru

Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!

Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.

22-07-2025
Global

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto

UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta

UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.

15-08-2024
Kereta Baru

Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K

Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).

23-07-2024
EV

Harga Lexus RZ450e Cuma RM429,888, Ada 1 Varian

Nama pun Luxury, harga pun agak mewah.

10-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Passport Malaysia, IC Berwajah Baharu?

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam dalam tempoh enam bulan lagi.

08-01-2026
Berita Auto

Tambang RM328 Ke Sarawak, RM398 Ke Sabah Sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri

AirAsia mengumumkan inisiatif tambang tetap tahunan dengan menawarkan harga tiket pada kadar RM328 bagi penerbangan ke Sarawak dan RM398 bagi laluan Sabah sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri pada tahun ini.

08-01-2026
Berita Auto

Penerbangan MH21 Patah Balik, Ada Sebabnya!

Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 yang beroperasi dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris (CDG) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL) semalam berpatah balik ke CDG sejurus selepas berlepas.

08-01-2026
Berita Auto

Kenapa Setiap Tahun Muncul Isu Tambang Van Sekolah Naik?

Sesi persekolahan tahun 2026 akan bermula dalam beberapa hari lagi, namun golongan ibu bapa sudah mula menyuarakan kebimbangan mengenai kenaikan tambang van sekolah di media sosial.

08-01-2026
Berita Auto

51 Kereta Musnah, Bengkel Kereta Terbakar

Sebanyak 51 buah kenderaan dilaporkan musnah dalam kebakaran melibatkan sebuah bengkel servis dan cat kenderaan.

07-01-2026
Berita Auto

Harga Minyak Turun, RON97 & Diesel Lebih Murah Mulai 8 Januari

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 8 Januari hingga 14 Januari depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

07-01-2026
Berita Auto

Lelaki Tayang Saman Panjang Tular Di Media Sosial, Ini Pula Jawapan JPJ!

Seorang lelaki menjadi bahan bualan hangat di media sosial apabila dia menunjukkan surat saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan di Melaka, semalam.

07-01-2026