Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelanggan Ditipu 'Wakil Jualan' Pusat Pengedar Sah? Lebih RM1 Juta Lesap! Ini Yang Berlaku…

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Duit pelanggan lenyap lebih 1 juta selepas berurusan dengan wakil jualan pusat pengedar sah. Kisah yang dikongsikan baru-baru ini melalui platform media sosial, Facebook Malaysia Automotive Shitposting, mendedahkan bagaimana lebih daripada 10 pelanggan menjadi mangsa ‘wakil jualan’ ini. 


Wakil jualan tersebut dikatakan menghilang sebaik selepas mengumpulkan sejumlah wang deposit dan bayaran penuh yang telah diterima daripada pelanggan. 



Suspek dikatakan telah berhenti daripada bekerja di pusat pengedar kereta tersebut (Sumber: FB Honda Sri Utama One Auto Damansara)


Ahli keluarga salah seorang mangsa,  Vins Lim, berkongsi di dalam Facebook Group tersebut bahawa wanita yang dikenali sebagai Chung Sak Fan itu berkemungkinan besar telah membuat perancangan penipuan itu dengan teliti kerana dia telah menubuhkan akaun bank syarikat untuk mengumpul bayaran penuh. 



Ahli keluarga salah seorang mangsa, Vins Lim, telah berkongsi di Facebook mengenai kes penipuan oleh seorang wakil jualan (Sumber: Vins Lim/FB Malaysia Automotive Shitposting)


Dalam sesetengah kes, pelanggan telah membuat pembayaran secara tunai di bilik pameran. 


BAGAIMANA WAKIL JUALAN BOLEH MENIPU DI BILIK PAMERAN KERETA YANG SAH?


Wakil jualan yang didakwa telah menipu ramai pelanggan


Menurut Vins, wanita tersebut telah memperdaya mangsa dengan mengatakan bahawa sistem syarikat sedang mengalami gangguan yang menghalang pencetakan resit. 


Ahli keluarga salah seorang mangsa, Vins Lim, telah berkongsi di Facebook mengenai kes penipuan oleh seorang wakil jualan (Sumber: Vins Lim/FB Malaysia Automotive Shitposting)


Kesemua mangsa yang terlibat dalam kes ini sedar ditipu apabila diberitahu bahawa mereka tidak membuat sebarang pembayaran kepada syarikat dan tidak dapat mengambil kenderaan yang telah ditempah. 


Kes ini menjadi peringatan kepada semua pembeli agar berhati-hati semasa berurusan lebih-lebih lagi apabila membabitkan jumlah wang ringgit yang besar.

Tag:

scammer
jual beli kereta scam
wakil jualan tipu
Chung Sak Fan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Nak Sangat Pakai Kereta Mewah, Akhirnya Gigit Jari

Nak Sangat Pakai Kereta Mewah, Akhirnya Gigit Jari

Hati-hati, jangan terpedaya membeli kereta import murah di media sosial.

16-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026