- Berita
- Berita Auto
- Penapis Minyak Bocor, 40K Kereta PERODUA Terjejas

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyelesaikan isu penapis minyak pelincir bocor yang membabitkan beberapa modelnya, selewat-lewatnya menjelang pertengahan tahun ini.
Menjawab isu itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, masalah itu membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan termasuk Perodua Aruz dan model kenderaan yang menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini, jadi kami sedang pantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.
"Ini boleh dilihat menerusi data yang kita kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari. Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah,” katanya.

Beliau berkata kepada wartawan selepas mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya, EMO sempena pameran Malaysia Autoshow 2023, di MAEPS, semalam.
Bagi menyelesaikan isu itu, , PERODUA akan mengkaji vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Kami telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA itu,”tambahnya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan, kereta hasil pengeluaran pengilang komponen asal (OEM) tidak terkesan disebabkan isu terbabit.
Ini kerana ia menepati kesemua piawaian mengikut keperluan pengeluaran.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/