Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Public Bank Sediakan Pembiayaan Komprehensif Untuk Pengedar Perodua

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.pngdummy.png

Public Bank Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peniaga berlesen Perodua, dengan tujuan untuk menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan yang lebih komprehensif.


Kerjasama yang terjalin akan memudahkan interaksi antara kedua-dua organisasi dalam urusan penghantaran permohonan pembiayaan akhir sewa beli, termasuk memuat naik dokumen permohonan asas dan menyemak status permohonan.


dummy.png

Pengarah Urusan Public Bank Berhad, Tan Sri Dato' Sri Dr. Tay Ah Lek (ketiga dari kiri) & Presiden dan CEO Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad (ketiga dari kanan)


Berucap di dalam majlis tandatangan MoC ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Le berkata, “Perodua juga merupakan pengeluar Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang pertama di Malaysia. Di pihak kami, menyokong pertumbuhan industri EEV merupakan tunggak penting bagi agenda Bank dalam menangani perubahan iklim, yang mana Public Bank memperuntukkan lebih           RM30 bilion untuk pembiayaan EEV tempatan pada akhir tahun 2022. Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong pertumbuhan industri EEV, Public Bank menaikkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.


“Public Bank dan Perodua mempunyai potensi untuk bersinergi dengan baik dan terus bekerjasama, bukan sahaja dalam mengembangkan perniagaan masing-masing tetapi juga untuk menyumbang secara positif kepada inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) demi kesejahteraan masyarakat dan dunia,” tambahnya. 


dummy.pngdummy.png

Perodua Axia 2023 (D74A)  - salah satu Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang kini dijual oleh Perodua


Turut menyaksikan majlis tandatangan ini ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad, yang mengucapkan rasa terima kasih kepada Public Bank kerana menyediakan perkhidmatan ini yang secara langsung memenuhi keperluan Perodua dalam aktiviti semasa dan masa depan.


“Saya harap kerjasama ini akan membawa kedua-dua organisasi ke tahap yang lebih tinggi,” kata Dato’ Sri Zainal.


Tandatangan MoC ini menunjukkan komitmen Public Bank untuk menyumbang kepada pembangunan mampan masyarakat serta memacu industri EEV negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, Public Bank juga telah meningkatkan sasaran pembiayaan EEV daripada RM25 bilion kepada RM33 bilion menjelang tahun 2025.

dummy.png


Tag:

Memorandum Kerjasama (MoC)
Public Bank Berhad
Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua)
pembiayaan bank
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRO-NET & Public Bank Bekerjasama, Tawar Khidmat Kewangan Digital Komprehensif

PRO-NET telah menandatangani MoU dengan Public Bank Berhad. Ini tujuan kerjasama...

15-08-2023
Berita Auto

Notis Etika Pakaian Pusat Servis Perodua Kuantan Diturunkan

Foto yang memaparkan etika pakaian di sebuah Pusat Servis Perodua tular.

11-08-2023

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026