Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Biarkan Motor "Jalan Sendiri", Kan Dah Kena Angkut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara menunggang motosikal tanpa memegang handle motosikal menyebabkan seorang penghantar makanan akhirnya ditahan polis.

Suspek melakukan aksi berbahaya itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ditahan di Cheras Baru, semalam.

Klip video yang tersebar meluas di internet menunjukkan lelaki berkenaan dilihat selamba duduk di atas kotak simpanan motosikal dengan kedua-dua tangan dilepaskan dari pemegang motosikal.Lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan yang agak laju sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain.

Malah, dia turut menunjukkan beberapa aksi tariannya ketika motosikal itu bergerak secara bersendirian.

Apa yang pasti, lelaki berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang merakam dan menyebabkan ia tular di internet.

image.pngimage.png

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pihaknya telah menahan suspek.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah namun mempunyai dua saman trafik (waran tangkap) yang masih belum diselesaikan,”katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan dan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 hingga RM15,000.

Namun di sebalik itu, penulis tertanya-tanya bagaimana lelaki berkenaan boleh mengendalikan motosikal itu dengan begitu baik tanpa memegang handle.

Gallery

Tag:

PDRM MALAYSIA
rider
MRR2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Tahun Baharu 2026: Polis Keluarkan 12,437 Saman

Dalam sehari, 12,437 saman dikeluarkan sempena Operasi Ambang Tahun Baharu 2026 semalam.

02-01-2026
Berita Auto

Helikopter Terhempas: 2 Anggota Polis Kritikal

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

10-07-2025
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan akibat kerosakan jalan di Johor Bahru sebenarnya boleh membuat tuntutan pampasan kepada pihak berwajib.

26-05-2025
Berita Auto

Viral: Lori Gilis Penunggang Motosikal

Seorang penunggang motosikal digilis dari arah belakang oleh sebuah lori di Persiaran Rajawali – Jalan Angsa, Klang, semalam.

25-05-2025
Berita Auto

9 Anggota FRU Maut Angkara Stereng Lori Pasir Rosak

Kegagalan fungsi stereng sebuah lori pasir dipercayai menjadi punca kenderaan berat itu merempuh kenderaan trak FRU.

13-05-2025
Berita Auto

Lori Sampah Rempuh 3 Rumah, Mujur Tiada Yang Terkorban!

Pemandu lori dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar tiga rumah terbabit.

18-12-2024
Berita Auto

Polis Pasir Mas Tawar Diskaun Saman Trafik, Bermula 25 Nov Ini

Warga Kelantan jangan lepaskan peluang untuk membayar saman tertunggak,

19-11-2024
Berita Auto

Video Tular: Polis Siasat Kereta Pengiring VIP Langgar Kereta Awam

Sebuah kereta Proton Saga kemek teruk gara-gara dirempuh kereta pengiring VIP.

18-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026