Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DBKL Laksana Dua Laluan Kontra, Jalan Ampang & Jalan Maharajalela Julai Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

jalan-ampang-.jpeg

Dua laluan kontra akan dilaksanakan di Jalan Ampang dan Jalan Maharajalela mulai bulan Julai ini, umum  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Sulaiman Mohamed, Ketua Eksekutif Perancangan DBKL, menyatakan bahawa pelaksanaan laluan kontra di Jalan Ampang merangkumi kawasan dari persimpangan Jalan Rhu hingga persimpangan Jalan Tun Razak.

trafik-sesak.jpeg

Penyediaan laluan kontra ini adalah untuk memberikan laluan khusus kepada bas semasa waktu puncak dari jam 6 pagi hingga 9 pagi, dengan tujuan meningkatkan kecekapan pergerakan bas dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sebagai alternatif, terdapat pusingan-U dari pusat bandar ke Ampang di persimpangan Jalan Jelatek dan di bawah jejambat persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Bagi arah Ampang menuju ke pusat bandar, terdapat pusingan-U di persimpangan Jalan Jelatek dan persimpangan Jalan Tun Razak.

Beliau juga menyatakan bahawa penambahan jarak laluan kontra di Jalan Maharajalela melibatkan perluasan laluan kontra yang sedia ada hingga ke Jalan Cheras pada waktu puncak sebelah petang.

DBKL-building.jpeg

Sebelum ini, laluan kontra di kawasan Jalan Maharajalela menuju ke Jalan Cheras bermula di laluan masuk Jalan Cheras. Namun, kini, laluan masuk bagi kawasan ini akan bermula di Jalan Maharajalela berhampiran dengan Sekolah Menengah Tsun Jin.

Penambahan jarak laluan kontra ini membolehkan kenderaan masuk ke laluan kontra lebih awal dan diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Jalan Cheras.

Pelaksanaan dua laluan kontra ini diharapkan dapat mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit. Selain itu, keutamaan diberikan kepada laluan pengangkutan awam dengan harapan dapat meningkatkan kepercayaan pengguna jalan raya terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di ibu negara.

Sumber: Harian Metro

Tag:

laluan kontra
Jalan Ampang
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Jalan Maharajalela
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Laluan Kontra di Lebuhraya Shah Alam pada 18 & 21 Mei, Ini Sebabnya…

Dua laluan kontra akan dibuka di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) pada 18 dan 21 Mei ini.

18-05-2023
Berita Auto

Perhatian! Penutupan Lorong Kiri Terowong Meru Untuk Kerja Pembaikan – PLUS

PLUS Malaysia Berhad mengumumkan penutupan lorong kiri di Terowong Meru.

06-02-2023
Berita Auto

KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.

12-12-2025
Berita Auto

Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana

Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap, semalam.

11-11-2025
Berita Auto

Kereta Dihempap Pokok, Seorang Lelaki Terkorban

Lagi maut angkara pokok tumbang, ini bukan kejadian pertama di ibu negara.

23-10-2025
Berita Auto

5 Jalan Di KL Ditutup Sempena Bazar Deepavali

Warga kota diminta merancang perjalanan bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

02-10-2025
Berita Auto

Isu Tak Kapit Tayar Kereta Mewah: Ini Penjelasan DBKL

DBKL perjelas isu tak kapit tayar kenderaan mewah.

18-11-2024
Berita Auto

KL Lumpuh, Banyak Jalan Dinaiki Air

Beberapa jalan utama menuju ke pusat bandar dinaiki air disebabkan hujan lebat.

15-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026