Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Saksi Modifikasi Kereta Kreatif & Radikal Di Tokyo Auto Salon KL

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(6).jpg


Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang pertama kalinya diadakan di negara ini telah membuka tirainya secara rasmi. Majlis pembukaan itu telah disempurnakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Yang Berhormat Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Acara yang diadakan untuk para pencinta kereta ini berlangsung di Pusat Dagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 9 hingga 11 Jun 2023.


TAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(9).jpgTAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(10).jpg


Sejak diperkenalkan pada tahun 1983, Tokyo Auto Salon (TAS) telah berkembang menjadi salah satu acara terbesar dalam dunia modifikasi dan talaan kenderaan. Secara purata, acara ini berjaya mengumpulkan sejumlah 1,000 buah kereta pameran, lebih 500 peserta, 4,000 gerai dan lebih 300,000 pengunjung setiap tahun yang termasuk ahli media global dan selebriti automotif terkemuka. 


Menurut Tengku Zafrul, acara TAS dapat membantu meningkatkan prospek komersial dan kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Malaysia bercita-cita untuk menjadi pusat teknologi canggih bagi mempercepatkan peralihan kepada sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Buat masa ini, negara telah berjaya menarik syarikat-syarikat besar seperti Porsche, KIA, Hyundai, Mini Cooper, Mazda dan BMW untuk membuka dan meluaskan operasi mereka di Malaysia. 


TAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(2).jpgTAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(8).jpg


Malaysia juga menjadi negara pertama di luar Eropah yang terpilih untuk pemasangan kereta Porsche. Selain itu, melalui  inisiatif BEV Global Leaders oleh MITI, Tesla juga bakal membuka pejabat, pusat pengalaman Tesla, dan rangkaian supercharger di Malaysia.


Bagi mempercepatkan pertumbuhan EV di negara ini, kementerian telah mewujudkan Pasukan petugas khas EV. Pasukan ini memainkan peranan penting dalam membangunkan dasar yang komprehensif bagi EV, termasuk pengeluaran, import, promosi jenama tempatan, dan infrastruktur pengecasan di seluruh negera. 


TAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(16).jpgTAS-KL-Launch-Zafrul-Caricarz-(27).jpg


Tengku Zafrul menekankan kekuatan Malaysia dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor yang penting dalam pengeluaran EV selain dapat menarik pelaburan. MITI komited untuk melabur dalam pendidikan teknikal dan vokasional bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja masa depan.


MITI mengakui kepentingan transformasi institusi dan dasar yang kukuh, yang akan diteliti dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 akan datang. 


Tengku Zafrul berharap agar Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur tidak hanya akan menyumbang kepada usaha-usaha ini, tetapi juga akan memberi inspirasi kepada usahawan automotif generasi baru Malaysia. 


TAS 2023 dijangka dapat menarik antara 80,000 hingga 100,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari. Tiket masuk acara ini ialah RM60 untuk dewasa, dan RM28 untuk kanak-kanak. 

Tag:

TAS 2023
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
TASKL2023
New Industrial master Plan 2030 (NIMP2030)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kali Pertama Tokyo Auto Salon Diadakan Di M'sia, Jangan Tak Singgah!

Buat julung kalinya, Tokyo Auto Jepun akan diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 11 Jun ini.

22-03-2023
Berita Auto

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...

Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!

16-01-2023
Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
EV

EV Laku Keras, Lebih 33,000 EV Terjual Sehingga September Lalu

Kira-kira 33,319 unit kenderaan penumpang dan perdagangan jenis berkuasa elektrik (xEV) terjual sehingga 30 September lalu.

27-11-2024
EV

Jangan Risau Jika Nak Beli EV, Sebab MITI Bakal Pasang Pengecasan DC Di Setiap Daerah

MITI akan memastikan semua daerah di setiap negeri mempunyai pos pengecasan DC.

27-11-2024
EV

EV Nasional: MITI Bantu Perodua Bangunkan EV Bawah RM100,000

MITI komited membantu PERODUA menghasilkan kenderaan elektrik (EV) mereka di bawah harga RM100,000.

22-10-2024
Berita Auto

MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD

JAC Motors telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.

27-09-2024
EV

Tengku Zafrul Adakan Perbincangan Dengan Delegasi Tesla

Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Tesla Malaysia, semalam.

23-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026