Link Copiedcheck_circle
Global

Kembar Axia Kini Di Vietnam, Dijual 2 Kali Ganda Lebih Mahal?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Perodua Axia kini memiliki model ‘kembar’ dalam versi pemanduan sebelah kiri (LHD), yang baru saja diperkenalkan di Vietnam pada awal minggu ini. Model yang tidak ubah seperti Axia ini ialah Toyota Wigo. Negara ASEAN tersebut menjadi negara pertama dalam pasaran LHD di rantau ini yang menerima model mini tersebut. 


Toyota Wigo dibina berdasarkan platform terkini Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan hanya ditawarkan dengan enjin 1.2L 3-silinder. Enjin ini dapat menghasilkan kuasa sebanyak 87 hp/112 Nm. Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu varian asas E dengan transmisi manual 5 kelajuan, dan varian G yang lebih tinggi dengan transmisi automatik D-CVT.


dummy.png

Vietnam ialah negara pertama dalam pasaran LHD di rantau ini yang menerima Wigo


Model yang ditawarkan di Vietnam dibina dan diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia, tidak hairan kenapa terdapat persamaan dari segi reka bentuk dan spesifikasi model ini dengan Toyota Agya versi pemanduan sebelah kanan (RHD) yang dijual di republik tersebut. Bezanya? Toyota Wigo menggunakan logo Toyota.


dummy.png

Toyota Wigo di Vietnam memiliki demister dan pemanas tingkap - ciri ini tidak ditawarkan pada Axia


Kedua-dua varian Toyota Wigo dilengkapi lampu hadapan dan lampu siang LED, tempat duduk fabrik, skrin sentuh 7-inci dengan ciri sambungan telefon pintar, 4 speaker, sensor belakang dan kamera undur. 


Dari segi keselamatan, kedua-dua varian hanya dilengkapkan dengan 2 beg udara, ABS serta kawalan cengkaman dan kestabilan. Varian yang lebih tinggi, G, ditambah dengan teknologi pemantau titik buta (BSM) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).


Apa yang mungkin mengejutkan ramai adalah harga Toyota Wigo di Vietnam. Wigo varian E, yang menggunakan rim keluli 14-inci dan hub plastik, dijual pada harga VND360,000,000, atau kira-kira RM70,637. Harga ini hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding harga varian asas, Axia 1.0 G, yang dijual di Malaysia.


Sementara itu, varian yang lebih tinggi, G, dijual pada harga VND405,000,000, atau kira-kira RM79,467. Harga ini hampir RM30,000 lebih mahal daripada harga jualan varian paling tinggi Axia iaitu 1.0 AV  di negara kita. 


Untuk makluman, Vietnam meletakkan kadar cukai yang agak tinggi untuk kenderaan. Walaupun pasaran kereta negara itu berkembang dengan baik sepanjang tahun, kebanyakan penduduk Vietnam lebih suka menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian. 


dummy.png

Perodua Axia 1.0 AV


Berdasarkan apa yang kita dapat lihat, kereta mini Perodua Axia di negara kita bukan sahaja jauh lebih murah tetapi lebih lengkap terutamanya dari segi keselamatan selain turut memiliki pelbagai ciri premium. 

Tak perlu cari lagi, ini artikel menarik berkaitan dengan Perodua Axia yang terbaru:

Perodua Axia 2023, Lebih Besar, Lebih Canggih Sebab Itu Lebih Mahal

Perodua Axia 2023, Ini Komen Awal Kami!

Perodua Axia 2023 Dilancarkan, Lebih Canggih & Bergaya, Dari RM38.6K

Gallery

Tag:

Toyota Wigo
Perodua Axia
kembar Axia
Toyota Agya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025
Berita Auto

Perodua Berjaya Jual 5.1 Juta Kereta, Perodua Pilihan Rakyat Malaysia!

Dalam tempoh 30 tahun, jualan Perodua mencecah 5.1 juta unit.

10-02-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026