- Berita
- Berita Auto
- Kutipan Tol SUKE 2 Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...
Kutipan Tol SUKE 2 Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) bermula hari ini, 30 Jun.
Tol percuma yang ditawarkan selama dua minggu sejak pembukaan lebuhraya ini pada 16 Jun lalu telah berakhir semalam, 29 Jun.
Plaza tol Alam Damai menggunakan kadar tol yang sama dengan Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang di sepanjang Lebuhraya SUKE, iaitu RM2.30 untuk kenderaan Kelas 1. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas), dalam kenyataannya menyatakan bahawa semua kutipan tol akan dilakukan secara elektronik melalui kad Touch n' Go, SmartTAG dan RFID.
![]()
SUKE Fasa 2 menghubungkan Sri Petaling ke Cheras-Kajang, manakala Fasa 1 menghubungkan Cheras-Kajang ke Ulu Kelang. Kedua-dua lebuhraya dengan jarak keseluruhan 24.4 km ini kini telah beroperasi sepenuhnya.
SUKE Fasa 3 yang akan termasuk Persimpangan Alam Damai kini dalam pembinaan dengan jangkaan dibuka pada suku ketiga tahun ini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv