- Berita
- Berita Auto
- Motosikal Besar Sangat Mana Sesuai Guna Laluan Motor Biasa

Syarikat konsesi lebuh raya diminta untuk menyediakan laluan khas untuk motosikal berkuasa tinggi kerana laluan sedia ada dilihat tidak selamat digunakan.
Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ada permintaan daripada beberapa pihak supaya kemudahan untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi dinaiktaraf.
"Sebagai contoh, ada lorong motosikal di Pulau Pinang dan Ipoh (Perak) yang laluan masuknya dilihat tidak sesuai untuk digunakan oleh motosikal berkuasa tinggi.
"Ini secara tidak langsung akan menyebabkan kemungkinan berlaku kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal yang mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi," katanya.
Lebih menggerunkan apabila 10,802 kenderaan terbabit dalam 9,069 kemalangan direkodkan di semua lebuh raya kendalian LLM bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.
Sebanyak 2,602 daripada 10,802 kenderaan terbabit adalah motosikal dimana 200 kematian direkodkan bagi kategori jenis kenderaan itu.

Kebanyakan kemalangan yang dilaporkan berlaku ketika cuaca buruk dengan ada penunggang motosikal mengambil keputusan berhenti di bawah jejambat untuk berteduh daripada hujan.
"Keadaan itu menyebabkan insiden terbaru yang dilaporkan mengorbankan tiga nyawa penunggang motosikal yang dirempuh kenderaan lain sewaktu berteduh daripada hujan di jejambat pada 4 Jun lalu.
Untuk itu, syarikat konsesi perlu mengenal pasti lokasi 'hot spot' laluan motosikal yang perlu ditambah baik terutama membabitkan motosikal berkuasa tinggi.
"Ini kerana ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi yang menggunakan lebuh raya tidak dapat menikmati kemudahan sewajarnya disediakan kepada mereka,”ujarnya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/