Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Pemeriksaan Kenderaan Komersial Tidak Boleh Dikurangkan Sewenang-Wenangnya." - MOT

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak boleh mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan perdagangan dengan sewenang-wenangnya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 


Timbalan Menterinya, Datuk Hasbi Habibollah, menyatakan bahawa semua prosedur, standard, dan kekerapan pemeriksaan kenderaan di bawah kaedah-kaedah kenderaan bermotor telah ditetapkan mengikut standard antarabangsa. 


dummy.png


Menurut beliau, kekerapan pemeriksaan kenderaan ditetapkan dengan mempertimbangkan keselamatan komponen kenderaan, terutamanya komponen keselamatan penting seperti sistem brek, tayar, dan kawalan kenderaan.


"Adalah dikhuatiri sekiranya tempoh (pemeriksaan) ini dijarakkan, ia akan meningkatkan risiko kegagalan komponen kenderaan berkenaan sekali gus menyebabkan nahas jalan raya teruk, terutamanya melibatkan kenderaan berat seperti lori pasir, lori batu, barangan besi, simen dan bahan-bahan binaan yang lain," katanya.


dummy.png


Beliau membuat kenyataan ini sebagai jawapan kepada soalan tambahan Senator Rita Sarimah Patrick Insol mengenai tindakan kerajaan untuk mengurangkan kekerapan pemeriksaan kenderaan komersial dari setahun kepada enam bulan sebagai usaha untuk meringankan beban pekebun kecil.


Pada masa yang sama, beliau menyatakan bahawa kerajaan sedar bahawa pada masa ini tidak terdapat had umur maksimum bagi penggantian kenderaan perdagangan kerana kenderaan yang berusia juga menyumbang kepada risiko kegagalan komponen kenderaan tersebut.


"Jadi, perkara ini akan dipantau oleh kerajaan demi menjaga keselamatan pengguna yang lain," katanya.

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: Kereta Mampu Milik Tanpa ABS? Ini Perspektif Bekas Menteri Pengangkutan

Baca: Ada Sebab Kenapa Kementerian Pengangkutan Guna Lesen Digital

Tag:

MOT
Kementerian Pengangkutan
Timbalan Menteri Pengangkutan
Kenderaan Komersial
Pemeriksaan Kenderaan
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

MOT Cadang Wujudkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia

Kementerian Pengangkutan kini sedang merancang untuk menghasilkan Pelan Induk Kereta Api Malaysia yang menyeluruh untuk memperkukuh industri pengangkutan rel di negara ini.

21-08-2025
Berita Auto

MOT, JPJ Akan Bincang Aplikasi Jual Beli Motosikal Terpakai

Aplikasi itu dapat mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.

21-01-2025
Berita Auto

Plat MADANI: JPJ,MOT Kena Saman, Diarah Bayar Ganti Rugi RM1.3 Juta

Pengarah syarikat tuntut JPJ, MOT bayar ganti rugi RM1.3 juta.

05-11-2024
EV

BELANJAWAN 2025: Harap Ada Peruntukan Untuk Industri EV

Kementerian Pengangkutan (MOT) berharap menerima peruntukan untuk pembiayaan latihan kemahiran kenderaan elektrik (EV) bagi menarik minat dan menangani kekurangan tenaga kerja semasa dalam sektor automotif,

18-10-2024
Berita Auto

MyCINTA: Sistem Kesan Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta Dibangunkan MIROS

Kerajaan sedang membangunkan MyCINTA, sistem untuk menangani insiden kanak-kanak tertinggal dalam kereta.

02-07-2024
Berita Auto

Permohonan VEP Melonjak Lebih 20,000, Pembatalan Dalam Talian Dibolehkan

Penambahbaikan sistem Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP).

02-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026