Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Betul Minat Proton X90

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Walaupun Proton X90 baru dilancarkan pada Mei lalu namun PERUSAHAAN Otomobil Nasional (Proton) mengesahkan pihaknya telah menerima hampir 5,000 unit tempahan setakat ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan.

image.png

Buat masa ini, pihaknya telah menyerahkan 500 unit proton X90 kepada pelanggan.

"Kami menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai nanti dan tempoh menunggu kini juga adalah kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini,”katanya.

Beliau berkata media pada majlis perasmian Pusat Pengalaman Digital Proton DX, baru-baru ini.

image.png

SUV tiga tempat duduk yang diletakkan lebih tinggi selepas X70 ini ditawarkan pada harga yang bermula dari RM123,800, harga atas jalan, tanpa insurans. 

image.png

Terdapat empat varian dan ia dibina berdasarkan Geely Haoyue/Okavango.

Malah, kesemua varian dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin 3 silinder berpengecas turbo 1.5L dengan sistem suntikan bahan api terus yang digabungkan dengan sistem hibrid ringan 48V (MHEV) serta unit Belt-Driven Starter Generator (BSG).

image.png

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa  setinggi 187 hp/300 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan melalui sistem transmisi  dwi-klac basah tujuh-kelajuan. 

image.png

Difahamkan, Varian Flagship Proton X90 adalah pilihan utama pembeli.

Barisan X90 dikatakan akan menambahkan lagi sasaran jualan Proton pada tahun ini melebihi yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu 141,432 unit.


Gallery

Tag:

Proton X90
flagship
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kenapa Rating Keselamatan Proton X90 MC 2026 Ditarik Balik

𝐑𝐚𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐫𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤. 𝐈𝐧𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐨 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐗𝟗𝟎 𝐌𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟔.

15-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Global

Haoyue L Dilancar Di China, Adakah Generasi Seterus Proton X90 Akan Menyerupai Model ini?

Geely, telah mengemas kini model SUV Haoyue L yang merupakan generasi keduanya di pasaran China.

28-11-2025
Berita Auto

Beli Kereta Proton Ada Rebat Sehingga RM15,000, Hanya Untuk Bulan Mac

Proton kini sedang membuat promosi Buka Lembaran Baharu dimana syarikat itu kini menawarkan duit raya sehingga RM15,000 kepada para pelanggan.

01-03-2025
Berita Auto

Proton Bakal Lancar 3 Model Baharu & Tingkatkan Pengeluaran Tahun Ini

Proton dedah perancangan untuk 2025 serta sasaran jangka panjang syarikat.

23-01-2025
Berita Auto

Proton Meterai Kerjasama Dengan ANSA Motors

Proton X90 dan Proton X50 laku keras di negara kepulauan Caribbean.

23-08-2024
Berita Auto

Bangladesh minat PROTON X90, 29 Unit Sudah Didaftar

Proton X90 dibawa masuk ke Bangladesh.

12-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026