Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Abang Sado, Mana Tahu Menang Nissan Almera

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-2-(1).jpg

Perhatian buat semua pengunjung gim dan penggemar kecergasan yang mahu menguji tahap kecergasan anda selain berhasrat untuk merasai pengalaman yang cukup mencabar.

Anda boleh menyertai  pertandingan kecergasan yang dianjurkan oleh REDLINE Fitness Games Powered by Nissan  di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) pada 23 September ini.

Pertandingan terbuka kepada para peserta dari semua latar belakang senaman dan menjamin pengalaman yang menarik dan mencabar melalui format dan suasana acara yang unik dan direka untuk orang ramai.

Berikut adalah info:

snip.png

Screenshot-2023-07-31-113438.png

Pengarah Jualan & Pemasaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Christopher Tan berkata, pihaknya bukan sekadar pengedar kereta.

“Kami juga membawakan keceriaan, keyakinan dan senyuman kepada setiap pemandu untuk menikmati keseronokan baharu dalam setiap perjalanan. 

"Oleh itu, kami amat berbangga untuk menjadi sebahagian daripada acara ini kerana ia mencerminkan komitmen kami untuk membawakan keterujaan dan pada masa yang sama, menggalakkan gaya hidup sihat dan mendorong orang ramai untuk terus mencabar kemampuan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Photo-6.jpg

Bagi yang berminat, acara ini  menggabungkan kursus senaman yang dibina daripada 12 stesen kecergasan fungsian unik yang bertujuan untuk ‘menguji’ keupayaan para peserta dalam pelbagai aspek kecergasan, termasuk kardio, kekuatan, daya tahan, kuasa, ketangkasan, imbangan, koordinasi dan fleksibiliti.

Selain itu, terdapat juga tiga cabaran Zon Merah NISSAN yang mana peserta boleh menguji ketahanan kardiorespiratori dan otot mereka.

Photo-8.jpg

Bagi memeriahkan acara kemuncak program itu nanti, REDLINE Fitness Games Powered by NISSAN mengumumkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah kenderaan NISSAN Almera serba baharu!

Bagi yang berminat, anda boleh membeli tiket di www.redlinefitnessgames.com.

Tag:

Edaran Tan Chong Motor (ETCM)
Nissan Almera
REDLINE
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

16-01-2026
Kereta Baru

05-12-2025
Kereta Baru

19-09-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

04-06-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026