Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru 10 Hari, Chery Malaysia Catat Jualan 3000 Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb_CariCarz_Web_Chery-Omoda-5_Chery-Tiggo-8-Pro_Launch.jpg

Baru 10 hari syarikat dilancarkan di Malaysia,  Omoda 5 danTiggo 8 Pro laris dengan jumlah jualan cecah 3,000 unit!


Hanya 10 hari selepas pelancaran Chery Malaysia, syarikat ini telah mencatatkan prestasi jualan yang luar biasa, melepasi jangkaan dengan jumlah jualan sebanyak 3,000 unit untuk SUV crossover Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, membuktikan permintaan tinggi terhadap produk keluaran syarikat tersebut. 


Semasa dilancarkan awal bulan ini, Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro masing-masing dijual pada harga bermula daripada  RM108,800 and RM159,800 termasuk pakej selepas jualan. 


Baca: Tahniah Omoda 5, Terima 5 Bintang Daripada Ujian Euro NCPA


CariCarz_Web_Chery-Omoda-5_Chery-Tiggo-8-Pro.jpg


Harga jualan ini adalah termasuk waranti standard selama 7 tahun atau 150,000 km dan pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahunPelanggan juga mempunyai pilihan untuk melanjutkan jaminan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km pada harga hanya RM2,000.


Baca: PERHATIAN! Omoda 5, Tiggo 8 Pro Dah Masuk M'sia


Dengan rangkaian luas yang terdiri daripada 23 bilik pameran dan 8 lagi bakal disiapkan menjelang akhir Ogos 2023 ini, Chery Malaysia memastikan akses yang mudah kepada para pelanggan. 


CariCarz_Web_Chery-Dealership_Cheras.jpg

Salah satu daripada 23 bilik pameran Chery yang dibuka kepada orang ramai


Selain itu, terdapat 22 pusat servis selepas jualan yang terletak secara strategik di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Kesemua pusat servis lengkap dengan bekalan alat ganti untuk perkhidmatan yang efisien. 


Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chen menyatakan dedikasi syarikat dalam menyampaikan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pengguna Malaysia. 


“Kami menitikberatkan kualiti, keselamatan danprestasi produk, terus menghasilkan inovasi dan menambah baik teknologi secara berterusan untuk terus mendahului permintaan pasaran,” katanya. 

Tag:

Chery Malaysia
Chery Omoda 5
Chery Tiggo 8 Pro
Chery
jualan Chery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025

Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

03-09-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sokong Usaha Perlindungan Spesies Tuntung Sungai Terancam

Chery Malaysia mendedahkan komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar melalui sokongan yang diberikan kepada Persatuan Pemuliharaan Penyu Malaysia.

29-08-2025
Berita Auto

Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia

Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.

26-08-2025
Berita Auto

SAH! Jenama Lepas Masuk Malaysia Sebab Dah Ada IG Rasmi?

Laman Instagram baharu yang bernama Lepas Malaysia (@lepasmalaysia) sudah pun wujud sejak beberapa hari lalu.

02-08-2025
Berita Auto

Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah

Chery Malaysia mendedahkan sekali lagi Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV) Chery Super Hyvrid (CSH), di ibu negara sebentar tadi.

21-07-2025
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu.

11-07-2025
Berita Auto

Chery Malaysia Sumbang RM50,000 Kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN)

Chery Malaysia meneruskan sokongan terhadap atlet Malaysia dengan menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN), baru-baru ini.

11-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hadkan Pembelian RON95 Sehari Sekali? Masih Belum Ada Rancangan!

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk mengehadkan pembelian petrol RON95 melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada sekali sehari.

23-09-2025
Berita Auto

Boleh Sewa Pandu Karavan, Lesen Komersial Bermula 2026

RV Kenderaan Sewa & Pandu Pelancongan (KSPP) untuk komersial di Semenanjung dan Kereta Sewa Pandu (KSP)di Sabah, Sarawak dan Labuan akan berkuat kuasa bermula 1 Januari 2026.

23-09-2025
Berita Auto

Minyak Pelincir BHPetrol Yang Tulen Mudah Dikesan, Ada Label Kod QR SIRIM

Boustead Petroleum Marketing atau lebih dikenali sebagai BHPetrol, semalam mengumumkan bahawa rangkaian produk pelincir enjin keluarannya telah menerima pensijilan produk tulen daripada SIRIM QAS International.

23-09-2025
Berita Auto

Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

23-09-2025
Berita Auto

SIB, APU Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Teknologi EV, Hibrid

Sapura Industrial Berhad dan Asia Pacific University menjalinkan kerjasama untuk memperkasakan kemahiran dalam EV, Hibrid dan perkilangan pintar di Malaysia.

23-09-2025
Berita Auto

Hujan Ribut: 30 Kereta Rosak, Bumbung PPR Di Pantai Dalam Tercabut

Kira-kira 30 buah kereta rosak selepas bumbung Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka di Pantai Dalam, Kuala Lumpur tercabut dan terbang.

23-09-2025
Berita Auto

Cip MyKad Rosak? Boleh Ganti Secara Percuma Mulai Esok Hingga 7 Okt Ini!

Kerajaan mengumumkan penggantian MyKad percuma bagi individu yang mengalami masalah cip rosak pada kad pengenalan mereka bermula esok sehingga 7 Oktober.

22-09-2025
Berita Auto

BUDI95: JPJ Tambah Waktu Operasi Kaunter Lesen Memandu, Kaunter Pelbagai Mulai 27 Sept Ini

JPJ mengumumkan penambahan waktu operasi kaunter Lesen Memandu dan Kaunter Pelbagai di seluruh negara mulai 27 September ini.

22-09-2025