- Berita
- Global
- Isuzu D-Max Lengkap Dengan Alat Khemah, Tapi Tak Masuk M'sia

Isuzu United Kingdom telah melancarkan trak pikap edisi khas terbaharu yang dikenali sebagai Isuzu D-Max V-Cross Expedition Edition.
Ia tidak sama seperti Isuzu D-Max yang lain memandangkan model khas ini dilengkapi dengan peralatan perkhemahan yang disediakan oleh pembuat aksesori 4x4 terkenal ARB.
Jentera berwarna Valencia Orange yang ditayangkan secara perdana di The Game Fair di Warwickshire, United Kingdom hadir dengan peralatan khemah.
Difahamkan, kelengkapan itu terdiri daripada kanopi sama warna badan, khemah bumbung, sengkuap (awning), peti sejuk, laci dan dapur.


D-Max Expedition Edition ini disumbat dengan enjin 1.9 turbdiesel dimana ia mampu menghamburkan kuasa 162 hp dan tork 361 Nm.
Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 12.7 saat.
Untuk pasaran UK, D-Max didatangkan dengan pilihan kotak gear manual enam kelajuan atau automatik yang memudahkan penghantaran kuasa kepada keempat-empat roda (AWD).

Lebih menarik, model terbaru D-Max hadir dengan kebolehan untuk menunda berat maksimum sebanyak 3.5 tan serta mampu membawa beban sehingga 1 tan (1,164 kilogram).
Menjengah bahagian kabinnya, ia menawarkan paparan infotainment bersaiz 9-inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay selain tempat duduknya dibaluti dengan upholsteri kulit dan ia boleh dilaraskan secara automatik dan terdapat fungsi pemanasan.
Buat masa ini, Isuzu D-Max V-Cross Expedition Edition sudah boleh ditempat di mana-mana pengedar Isuzu yang sah di UK.
Bagaimanapun, Isuzu UK tidak mendedahkan harga sebenarnya namun kami meramalkan ia lebih mahal daripada D-Max V-Cross yang dijual pada harga £34,279 (RM201,790).

Apa pula pandangan anda, adakah Isuzu Malaysia juga patut menawarkan model ini yang dilengkapi dengan peralatan khemah di Malaysia?
Kongsikan pendapat anda!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/