Link Copiedcheck_circle
Global

Mazda CX-60 Masuki Pasaran Singapura – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mazda_CX-60_SG_Ext-12.jpg


Setelah diperkenalkan di negara Filipina, SUV Mazda CX-60 kini memasuki pasaran ASEAN yang kedua, kali ini di Singapura. Selain menjadi negara kedua di ASEAN yang menerima CX-60, Singapura juga menjadi pasaran pandu kiri pertama (LHD) di rantau ini. 


Filipina mendapat dua varian pacuan empat roda (AWD) yang dikuasakan oleh enjin e-Skyactiv G berpengecas turbo 3.3L 6-silinder, Singapura pula hanya akan mendapat satu varian pacuan roda belakang (RWD), dengan enjin petrol Skyactiv-G aspirasi natural 2.5L  4-silinder. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik lapan kelajuan, dengan hamburan kuasa sebanyak 189 hp dan 261 Nm.


Mazda_CX-60_SG_Ext-8.jpg

Mazda_CX-60_SG_Ext-9.jpgMazda_CX-60_SG_Ext-10.jpg



Secara visual, CX-60 bagi negara Singapura kelihatan hampir serupa dengan model di Filipina dan Jepun. Pada bahagian luaran, terdapat kelengkapan standard seperti lampu hadapan LED adaptif yang mengapit gril besar, manakala bahagian belakangnya terdapat lampu belakang penuh LED dengan aksen bampar belakang dan ekzos quad. SUV bersaiz sederhana ini juga dipasang dengan rim 20 inci berwarna kelabu. 


Mazda_CX-60_SG_Int-3.jpg

Mazda_CX-60_SG_Int-1.jpgMazda_CX-60_SG_Int-2.jpg


Dari segi teknologi, CX-60 menggunakan skrin infotainmen 12.3 inci dengan kemampuan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Stereng yang digunakan dibalut dengan kulit dan lengkap dengan butang kawalan. Di sebalik stereng, terdapat kluster instrumen digital 12.3 inci, serta paparan-di-kepala (HUD).  Selain itu, CX-60 ini juga dilengkapkan dengan but bukaan automatik dan bumbung panoramik. 


Mazda_CX-60_SG_Ext-7.jpg


Menyempurnakan senarai kelengkapan dalaman CX-60 adalah tempat duduk dan dashboard yang dibaluti kulit, tempat duduk hadapan dengan pelarasan automatik serta sistem audio Bose 12 speaker. 


Untuk keselamatan, SUV ini dilengkapi dengan pelbagai ciri sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) seperti sistem brek kecemasan automatik (AEB), kawalan pemanduan adaptif (ACC), bantuan kekal lorong (LKA), amaran keluar lorong (LDW), pemantau titik buta (BSM), amaran lintasan hadapan dan belakang, dan banyak lagi. Teknologi keselamatan ini disempurnakan lagi dengan tujuh beg udara dan pengesan petak parkir, memberikan CX-60 skor keselamatan ASEAN NCAP yang sempurna iaitu lima bintang.


Mazda_CX-60_SG_Ext-1.jpg


Mazda_CX-60_SG_Ext-6.jpgMazda_CX-60_SG_Ext-2.jpgMazda_CX-60_SG_Ext-5.jpgMazda_CX-60_SG_Ext-3.jpg


Ditawarkan dalam lapan pilihan warna, SUV Mazda CX-60 dijual pada harga SGD 278,888 (~RM958,551) termasuk bayaran bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE), menjadikannya model Mazda termahal yang dijual di Singapura. Model yang paling hampir dengan harga CX-60 adalah Mazda CX-8 tiga barisan tempat duduk yang berharga SGD 256,888 (~RM882,675).


Mazda_CX-60_SG_Ext-13.jpg


Dengan pelancaran CX-60 di dua pasaran utama ASEAN, bilakah agaknya Bermaz Motor, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia akan membawa masuk SUV ini ke pasaran tempatan. Bermaz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai CX-60 buat masa ini.


Berkenaan harga, kita boleh menjangkakan bahawa CX-60 yang dijual di Malaysia akan agak lebih mahal atau lebih kurang sama dengan CX-8 yang dipasang tempatan (CKD), memandangkan CX-60 dianggap sebagai model lebih mewah daripada CX-5. 

Tag:

Mazda CX-60
Mazda Singapura
Mazda Filipina
Bermaz Motor
SUV bersaiz sederhana
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Kereta Baru

11-06-2025
Kereta Baru

03-06-2025
Global

15-01-2025
Kereta Baru

04-12-2024
Berita Auto

03-12-2024

Berita Terkini

Global

Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini

Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.

06-01-2026
Global

Chery Pengeksport Kereta No.1 Di China, Eksport Lebih 1,344,020 Kereta Tahun Lepas

Chery berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport nombor satu di Chian selama 23 tahun berturut-turut dengan mengeksport sebanyak 1,344,020 unit kenderaan pada tahun 2025.

02-01-2026
Global

Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang

Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.

02-01-2026
Global

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
Global

BYD Hampir Lepasi Eksport 1 Juta Kereta Tahun Ini

BYD mencatatkan satu lagi pencapaian luar biasa apabila ia hampir melepasi sasarannya untuk mengeksport satu juta keretanya sepanjang tahun ini.

24-12-2025
Global

Unit Import India Suzuki Fronx Dapat ANCAP 1 Bintang – Isu "Jarang Berlaku & Sangat Serius"

Suzuki Fronx baru-baru ini mencatatkan keputusan ujian keselamatan yang sangat mengecewakan. Model buatan India yang dieksport ke pasaran Australia dan New Zealand itu hanya mampu meraih 1 bintang dalam ANCAP.

23-12-2025
Global

Proton Saga 2026 Bakal Tembusi Pasaran Filipina, Tetapi...

Belum cukup sebulan dilancarkan di Malaysia, Proton Saga generasi keempat nampaknya sudah 'membeli tiket' untuk terbang ke luar negara, iaitu Filipina.

22-12-2025
Global

Nissan Dedah Z Nismo Versi Manual – Kemunculan Di TAS 2026

Nissan kini disahkan akan memperkenalkan versi transmisi manual (MT) untuk varian paling berkuasa keluarannya, Nissan Z Nismo (RZ34) di acara Tokyo Auto Salon yang bakal berlangsung bulan hadapan.

22-12-2025