Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nantikan Reka Bentuk Kereta Perodua

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gambar: Berita Harian

Bosan dengan reka bentuk kereta Perodua?

Jangan risau kerana selepas ini, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan menggunakan idea dan kreativiti peserta Asian Compact Sedan Design Challenge (ACSDC) 2023 untuk membangunkan model kereta baharu.

Perkara itu dikongsi Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad.

Menurutnya, idea dan kreativiti yang dicetuskan peserta ACSDC akan digunakan PERODUA untuk membangunkan sama ada sedan kompak serba baharu atau model generasi baharu Bezza.

image.pngimage.png

“Kita akan mendapat kepelbagaian kreativiti daripada pereka profesional atau penuntut universiti yang menyertai ACSDC ini. Pertandingan ini menggabungkan pelbagai peserta dari Indonesia, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Singapore, Myanmar, Filipina, Kemboja, Jepun, dan Korea.

"Justeru, mereka akan menampilkan pelbagai kreativiti untuk menghasilkan reka bentuk kereta yang dapat memenuhi keperluan pelanggan di Asia,”katanya.

Maka dari situ, PERODUA akan menggunakan idea mereka untuk membangunkan sama ada model baharu Bezza atau sedan kompak serba baharu yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan bukan hanya di Malaysia malah di Asia.

Buat masa ini, lapan peserta akhir akan disenarai pendek. 

Difahamkan mereka akan membentangkan reka bentuk yang dihasilkan dan daripada itu, PERODUA akan membuat penilaian sebelum reka bentuk ini dihasilkan kepada rangka penuh.

Untuk makluman,  ACSDC dianjurkan oleh MRM dengan kerjasama PERODUA dan SIRIM dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

ACSDC adalah pertandingan reka bentuk, inisiatif MRM dan PERODUA bagi memperkasakan industri yang sangat penting kepada negara.

Ia membabitkan sektor pembuatan reka bentuk automotif yang menjadi industri terpenting dan memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

ACSDC dianjurkan oleh MRM dengan kerjasama PERODUA dan SIRIM dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

ACSDC adalah pertandingan reka bentuk, inisiatif MRM dan PERODUA bagi memperkasakan industri yang sangat penting kepada negara.

Gallery

Tag:

BEZZA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Akhirnya, kerana gula, semut bersatu.

Akhirnya, kerana gula, semut bersatu.

06-01-2024
Berita Auto

Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA

Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.

05-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026