Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelantikan Denyu Bostandzhiev Sebagai Pengarah Urusan PHSAM & VPCM

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb_Denyu-Bostandzhiev-(L)-and-Kurt-Leitner-(R).jpg


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) dan Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan pelantikan Denyu Bostandzhiev sebagai Pengarah Urusan Bersama baharu syarikat, berkuat kuasa pada 1 Julai 2023. Beliau menggantikan Erik Winter yang akan menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan PHS di Chile.

Bostandzhiev akan mengetuai bahagian Jualan, Perkhidmatan Selepas Jualan dan Pembangunan Rangkaian, Pemasaran, dan IT untuk kedua-dua syarikat (PHSAM dan VPCM). Beliau akan menggunakan kepakaran dalam strategi perniagaan dan operasi, pembangunan produk, dan penjenamaan untuk meningkatkan profil dan memperkukuh  kedudukan jenama Audi dan Volkswagen di Malaysia.

IMG_5545.JPG

Audi Q8 Sportback e-tron sewaktu dilancarkan pada 16 Jun baru-baru ini

Selain itu, Bostandzhiev akan menjalankan tanggungjawab ini bersama Kurt Leitner, yang akan terus mengendalikan operasi Sumber Manusia dan Kewangan untuk VPCM dan PHSAM. 

Tidak asing dengan negara Malaysia, pada tahun 2016, Bostandzhiev pernah berkhidmat selama dua tahun setengah di VPCM. 

thumb_Audi-Q8-e-tron-Q8-Sportback-e-tron-launch-Malaysia.jpg

Tujuh model elektrik sepenuhnya Audi e-tron telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran Malaysia pada 16 Jun lepas

Sepanjang tempoh tersebut, Bostandzhiev telah memainkan peranan dalam usaha untuk melaksanakan pemasangan secara CKD bagi model-model seperti Volkswagen Arteon, Tiguan Allspace, dan Golf GTI. Ini merupakan satu pencapaian bersejarah bagi VPCM kerana model seperti Golf GTI  sebelum ini hanya dipasang di negara Jerman dan China.

Sekiranya berita ini menarik, mungkin anda juga ingin membaca artikel yang dikongsikan di bawah:

Baca: 7 Model Audi e-Tron Dah Masuk Malaysia, Korang Pilih Mana?

Baca: Pelancaran EV Sporty, Audi Q8 Sportback e-tron – Cecah 600KM, Dari RM389K

Baca: Audi e-Tron G, Jarak Gerak 488KM, Harga Dari RM588K

Baca: PHSAM & Moon Power Bekerjasama Sedia Pengecas EV Audi e-tron Baharu


Tag:

Volkswagen Malaysia
Audi Malaysia
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)
PHS Automotive Malaysia (PHSAM)
Erik Winter
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

"Rocket Pocketman" Azizulhasni Dilantik Duta Jenama Pertama Volkswagen Malaysia

VPCM melantik jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang sebagai duta jenama pertama untuk Volkswagen di Malaysia.

23-07-2025
Berita Auto

Volkswagen Malaysia Bakal Lancar SUV CKD Baharu Tidak Lama Lagi?

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah membuat pendedahan mengenai kehadiran sebuah SUV baharu.

03-06-2024
Kereta Baru

Volkswagen Touareg R-Line Serba Baharu Rasmi Di M’sia – Dari RM469K

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah melancarkan Touareg R-Line serba baharu, generasi ketiga untuk pasaran Malaysia.

12-03-2024
Berita Auto

Arteon R-Line 4MOTION Kini Lebih Selamat Dengan IQ.DRIVE

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan Arteon R-Line 4MOTION dengan teknologi IQ.DRIVE

05-05-2023
Video

Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00

Volkswagen Golf GTI MK8 2022 Review Pandu Uji | Penilaian Prestasi Sebenar! RM227,012.00

06-02-2023
Berita Auto

Jimat Sehingga RM4,000, Pemeriksaan Kereta Percuma - Volkswagen

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menawarkan penjimatan sehingga RM4,000 untuk model terpilih.

04-01-2023
Berita Auto

Bilik Pameran Dibuka Dengan SOP Yang Lebih Ketat

Hanya beberapa bilik pameran di Melaka, Johor, Kedah, Pahang dan Kelantan masih belum dibenarkan beroperasi.

25-08-2021
Berita Auto

Pendaftaran Minat Audi Q7 CKD Kini Dibuka – Canggih & Menawan

Berita baik untuk peminat jenama Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM) secara rasmi telah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk Audi Q7.

16-03-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026