Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pengekalan Permit Kelulusan (AP) Halang Persaingan Sihat – Pakar Ekonomi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Economist-AP-Preferential-(2).jpg


Pakar ekonomi mengkritik tindakan kerajaan mengekalkan mekanisme permit kelulusan (AP) untuk kereta import, menyifatkannya sebagai tindakan yang regresif, lapor FMT. Penghapusan permit ini dapat mendorong persaingan sihat antara pengeluar kereta tempatan dan antarabangsa, menyebabkan kualiti yang lebih tinggi dan harga yang lebih rendah bagi pelanggan.


Menurut Nazari Ismail dari Universiti Malaya, tindakan menghapuskan AP akan menggalakkan pengeluar automotif tempatan meningkatkan tawaran mereka, memberi manfaat kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, beliau mengakui bahawa penghapusan program AP boleh menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan yang signifikan daripada yuran permit.


Economist-AP-Preferential-(4).jpg


Walaupun terdapat permintaan meluas untuk reformasi, Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri, Tengku Zafrul Aziz berkata pada 17 Julai bahawa kerajaan tidak berniat untuk menghapuskan AP bagi kereta import. Menariknya, Tesla, yang baru-baru ini menyertai pasaran Malaysia, diberikan pengecualian daripada keperluan AP pada 20 Julai di bawah Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV).


Economist-AP-Preferential-(3).jpg


Pengecualian kepada Tesla bertujuan untuk memberikan kelebihan kompetitif kepada kenderaan elektrik (EV) dan mendorong penggunaan kenderaan elektrik bateri serta membina sistem sokongan untuk industri EV. 


Namun Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran berpendapat bahawa mekanisme alternatif seperti cukai jualan  berasingan untuk menawarkan insentif akan lebih baik.


Jelas beliau, pengecualian yang diberikan kepada Tesla memperlihatkan seolah-olah kerajaan memberi keistimewaan kepada jenama tertentu daripada produk. Secara tidak langsung,  Ini juga boleh melemahkan hubungan kerajaan dengan jenama lain yang telah beroperasi lama di Malaysia. Penghapusan skim AP bagi kereta import akan membawakan lebih banyak produk pada harga yang lebih berpatutan kepada pengguna dan mendorong pengeluar tempatan untuk bersaing dan memberikan yang terbaik dalam aspek harga dan teknologi.

Tag:

AP
Permit Kelulusan (AP) Kereta Import
Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri
Inisiatif Peneraju Global Kenderaan Elektrik Bateri (BEV)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ada Berita Baik Bagi Yang Nak Buka Bisnes Jual Kereta Import

Ada berita baik buat syarikat Bumiputera yang berhasrat untuk menceburi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia.

19-06-2024
Berita Auto

Pemegang AP Kaut Sampai RM100K? Ini Penjelasan Dewan Muda PEKEMA

Dewan Muda PEKEMA menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pemegang Permit Import (AP) memperoleh keuntungan sehingga RM100,000.

04-08-2023
EV

Tesla Janji Sediakan 15 Supercharger Untuk Semua Jenama – Adakah Akan Ditepati?

Sejauh mana Tesla telah menyediakan pengecas EV di Malaysia? Dan berapa unit yang boleh digunakan semua jenama EV? Ini kupasannya.

04-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026