Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambang Feri Pulau Pinang Percuma Selama Sebulan, Operasi Mula 7 Ogos

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Loke-Penang-Ferry-(4).jpg


Penduduk dan juga pelancong di Pulau Pinang dapat menikmati perkhidmatan feri atau katamaran secara percuma selama sebulan bermula 7 Ogos hingga 7 September. Feri yang menghubungkan bahagian pulau dengan tanah besar akan mula beroperasi pada 7 Ogos ini. 


Empat buah feri baharu bernilai RM18 juta telah disediakan untuk menggantikan bot laju yang digunakan sebelum ini setelah perkhidmatan feri ikonik dihentikan.


Loke-Penang-Ferry-(1).jpg


Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, setiap feri mampu menampung 150 pejalan kaki serta 50 motosikal dan basikal dalam satu masa. Tiga feri akan beroperasi setiap hari, manakala satu lagi akan berada dalam keadaan standby. Setiap feri akan mengambil masa 10 minit dengan kekerapan setiap 30 minit pada waktu puncak.


Buat masa ini, feri baharu ini sedang menjalani proses percubaan selama empat minggu termasuk latihan pengemudi dan pemerolehan tauliah daripada Jabatan Laut sebelum dapat beroperasi sepenuhnya.


Loke-Penang-Ferry-(3).jpg


Jelas Anthony, "Dari segi ciri-cirinya pula, feri baru ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang penuh antaranya kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh dipantau oleh jurumudi (pilot) serta di terminal.


"Selain itu, ia juga mempunyai dua buah enjin di bahagian belakang dan hadapan. Oleh itu, ia membolehkan feri ini terus beroperasi sebaik sahaja menurunkan dan mengambil penumpang selain boleh membuat pusingan sehingga 360 darjah," katanya.


Mengenai isu tambang, Anthony menyatakan bahawa tambang akan diperkenalkan selepas perbincangan dan persetujuan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan akan diumumkan kelak.


Sebelum ini, perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang sebagai laluan alternatif dari Seberang Perai ke bahagian pulau telah digantikan dengan bot laju pada 1 Januari 2021. Perkhidmatan feri untuk kenderaan empat tayar dihentikan, dan feri Ro-Ro yang disediakan hanya sesuai untuk motosikal dan basikal sahaja.


Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan mengambil alih perkhidmatan feri bagi penumpang, motosikal, dan basikal dari Prasarana Malaysia Berhad. PPSB juga akan menyediakan perkhidmatan katamaran sebagai pengganti feri sebelum ini.

Baca: Akhirnya, Kerajaan Sedang Pertimbangkan Untuk Kembalikan Feri Ikonik P.Pinang







Tag:

Feri Pulau Pinang
Feri
Kementerian Pengangkutan
YB Anthony Loke
Pengangkutan Awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

OKU Boleh Naik Feri Pulau Pinang PERCUMA Bermula 8 April

Orang kurang upaya (OKU) boleh nikmati tambang feri percuma tanpa had bermula 8 April ini.

02-04-2024
Berita Auto

Akhirnya, Kerajaan Sedang Pertimbangkan Untuk Kembalikan Feri Ikonik P.Pinang

Kerajaan Persekutuan dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengembalikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang selepas operasinya ditamatkan pada tahun 2020.

02-03-2023
Berita Auto

Rakyat Malaysia Serbu Langkawi, 56,267 Tiket Feri Terjual

Langkawi menjadi tumpuan bercuti semula memandangkan sebanyak 56,267 tiket feri ke Pulau Langkawi sudah terjual .

16-02-2026
Berita Auto

Tak Layak Terima Subsidi Diesel Kalau Naik Tambang Feri

Dalam perkembangan terkini, Ferry Line mengesahkan pihaknya tidak akan menaikkan tambang feri.

15-12-2024
Berita Auto

OKU Boleh Naik Feri Pulau Pinang PERCUMA Bermula 8 April

Orang kurang upaya (OKU) boleh nikmati tambang feri percuma tanpa had bermula 8 April ini.

02-04-2024
Berita Auto

Kerajaan Cuba Perluaskan FLYSiswa Kepada Pelajar IPTS, Akui Sukar Kerana Perlu Peruntukan Tinggi

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mencari jalan dan mempertimbangkan untuk memperluaskan inisiatif FLYSiswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

05-11-2025
Berita Auto

Syarat Tambahan Lesen Untuk Pemandu Warga Emas Perlu Kajian

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan apa-apa syarat tambahan.

28-11-2024
Berita Auto

LRT Pulau Pinang: Majlis Pecah Tanah Bermula Tahun Depan

Majlis pecah tanah untuk pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara dijangka diadakan pada awal tahun depan.

12-11-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026