Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Untung Jadi Bintang Popular, Dapat Kereta Mewah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah bertuahnya bintang paling popular Berita Harian Ke-35, Bell Ngasri, 43, apabila dia menerima sebuah kereta mewah Mini Cooper Clubman S bernilai RM200,000 daripada DTC Motors Sdn. Bhd. 

Memetik kenyataan di akhbar Kosmo, Bell dikatakan menerima kereta mewah itu sempena kemenangannya (Bintang Paling Popular) yang diraih baru-baru ini.

Bell bagaimanapun, tidak sangka akan menerima kenderaan semewah itu.

image.png

“Bila ada orang nak beri saya kereta saya tidak kisah kereta apapun saya terima. Jadi, apabila diberi kereta mewah yang memang saya idamkan saya berasa cukup terharu.

“Syukur dan terima kasih kerana undian rakyat Malaysia saya dapat begitu banyak rezeki yang tidak disangka-sangka ini,” ujar Bell.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motor Sdn. Bhd. Afendy Wahid berkata, pihaknya berniat untuk memberikan kereta kepada Bell selepas melihat kemenangannya tanpa sebarang kereta yang sudah menjadi kelaziman dalam penganjuran Anugerah Bintang Popular (ABP) sebelum ini.

image.png

Saya tertanya-tanya kenapa Bell tidak dapat kereta seperti pemenang terdahulu. Saya berbincang dengan kakitangan, apa kata kita yang beri.

“Saya hubungi pihak Bell dan segala usaha dipermudahkan. Kami pilih kereta Mini Cooper Clubman kerana berasa sesuai dengan diri Bell,” katanya.

Bell yang aktif berlakon sejak 37 tahun lalu, bagaimanapun baru kali pertama tercalon dalam acara anugerah tersebut dan berjaya membawa pulang anugerah Artis Komedi Popular dan Bintang Paling Popular dengan undian keseluruhan sebanyak 12,654,855.

Gallery

Tag:

MINI Cooper CLUBMAN
Bell Ngasri
DTC Motors Sdn Bhd
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026