Link Copiedcheck_circle
EV

WAS 500 E-Ambulance Kini Di Malaysia – 100% Elektrik, Tork 1,150 Nm!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

WAS-500-E-Ambulance-(3).jpg


Baru-baru ini, First Ambulance Services, syarikat ambulans swasta tempatan telah memperkenalkan ambulans bertenaga elektrik pertama di negara ini, WAS 500 E-Ambulans.


WAS-500-E-Ambulance-(2).jpg


Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan pengeluar kenderaan kecemasan terkenal dari negara Jerman, Wietmarscher Ambulanz- und Sonderfahrzeug GmbH (WAS) untuk menghasilkan ambulans ini. 


WAS-500-E-Ambulance-(7).jpg


WAS 500 E-Ambulans adalah sebuah van ambulans yang direka menggunakan van Mercedes-Benz Sprinter. Van ini  memiliki kuasa sehingga 147 kW (197 HP) dengan tork setinggi 1,150 Nm. Ambulans dengan berat 5 tan ini mampu mencapai kelajuan maksimum 120 km/j. 


Sebagai sebuah kenderaan elektrik (EV), E-Ambulans menjanjikan perjalanan yang lebih lancar dan senyap bagi pesakit. Prestasi pecutan yang baik juga memastikan pesakit dapat dibawa ke hospital sepantas yang mungkin. 


E-Ambulans menggunakan bateri  fosfat besi-litium (LFP) 87 kWh yang membolehkannya mencapai jarak perjalanan sehingga 200 km. 


WAS-500-E-Ambulance-(9).jpg


Bateri boleh dicas menggunakan pengecas AC 22 kW yang mengambil masa selama 3.5 jam, sementara itu, menggunakan pengecas pantas DC pula membolehkan ambulans dicas dengan lebih cepat iaitu dalam masa hanya 1.5 jam.  Peningkatan kemampuan pengisian DC pada 100 kW juga disediakan untuk pengisian lebih pantas.


WAS-500-E-Ambulance-(43).jpgWAS-500-E-Ambulance-(5).jpg


Secara visual, WAS 500 E-Ambulans masih lagi sebuah van Mercedes-Benz, tiada perubahan reka bentuk dibuat pada bahagian luar, tetapi tanpa logo jenama tersebut pada gril depan. Model yang dibawa masuk ini diimport dari negara Jerman dengan pemanduan sebelah kiri dan masih lagi menggunakan nombor pendaftaran asal. 


WAS-500-E-Ambulance-(4).jpg

WAS-500-E-Ambulance-(11).jpgWAS-500-E-Ambulance-(35).jpg


Di dalamnya, terdapat ciri-ciri moden termasuk dua skrin yang menunjukkan maklumat berkaitan bateri dan pemanduan, sistem kamera pandangan belakang dan 360 darjah. Pada konsol tengah terdapat kesemua butang kawalan lampu siren. Pada stereng terdapat logo Mercedes-Benz dan di sebalik stereng terdapat kluster instrumen analog. 


WAS-500-E-Ambulance-(12).jpg

WAS-500-E-Ambulance-(19).jpgWAS-500-E-Ambulance-(18).jpgWAS-500-E-Ambulance-(13).jpgWAS-500-E-Ambulance-(16).jpg


Di ruang belakang, 500 E-Ambulance  dilengkapkan dengan kit standard ambulans iaitu sebuah katil, tempat duduk yang boleh dilipat untuk penumpang, serta beberapa peralatan perubatan dan kecemasan. 


WAS-500-E-Ambulance-(26).jpgWAS-500-E-Ambulance-(28).jpg

WAS-500-E-Ambulance-(33).jpgWAS-500-E-Ambulance-(50).jpg

Untuk memastikan ambulans diselenggara dengan baik, First Ambulance bekerjasama dengan firma penyelesaian elektrifikasi tempatan, Electrifying Inc. Melalui kerjasama ini, Electrifying Inc akan memberikan sokongan teknikal yang menyeluruh termasuk servis bateri, diagnostik kenderaan dan sebagainya. 


WAS-500-E-Ambulance-(47).jpgWAS-500-E-Ambulance-(39).jpg

WAS-500-E-Ambulance-(38).jpgWAS-500-E-Ambulance-(54).jpg


First Ambulance juga merancang untuk menubuhkan infrastruktur pengecasan ambulans elektrik yang khusus di hospital di seluruh negara dengan kerjasama Electrifying Inc. Syarikat ini turut merancang untuk melakukan kolaborasi dengan DC Handal Green Mobility bagi mewujudkan rangkaian pengecasan pantas DC. 


WAS-500-E-Ambulance-(20).jpgWAS-500-E-Ambulance-(15).jpg


Bagi memastikan ambulans elektrik dikendalikan dengan selamat dan cekap, firma ini akan menyediakan latihan kepada pemandu dan pembantu ambulans untuk membekalkan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. 


WAS-500-E-Ambulance-(37).jpg


Dengan rancangan untuk memperluaskan perkhidmatan di luar kawasan Lembah Klang, First Ambulance menyasarkan untuk bekerjasama dengan kerajaan tempatan, organisasi kesihatan dan pihak berkepentingan industri bagi membangunkan infrastruktur yang menyokong ambulans EV, termasuk rangkaian pengecasan, insentif, dan latihan untuk kakitangan perubatan kecemasan bagi memastikan peralihan yang lancar kepada operasi ambulans elektrik.


WAS-500-E-Ambulance-(23).jpg


Pelancaran ambulans EV pertama di Malaysia ini menandakan era baharu dalam perkhidmatan kecemasan, menjanjikan penyelesaian yang lebih lestari dan canggih untuk memenuhi keperluan sektor kesihatan yang semakin berkembang.

Tag:

ambulans elektrik
ambulans EV
First Ambulance Services
WAS 500 E-Ambulans
van Mercedes-Benz Sprinter
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026