Link Copiedcheck_circle
Global

BMW X5 Li Facelift Muncul Sebagai Varian LWB, Eksklusif Pasaran China

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BMW-X5-Li-Facelift-China-1.jpg


Pelancaran kereta oleh BMW di negara China baru-baru ini membuktikan betapa hebatnya permintaan terhadap kereta versi jarak roda panjang (LWB) di negara tersebut. Ini kerana tidak lama selepas pelancaran varian LWB i5 dan 5 Series, BMW telah melancarkan varian LWB lain khas untuk pasaran China.


BMW X5 LI FACELIFT VERSI LWB DILANCARKAN 


Direka berdasarkan SUV BMW X5 versi facelift, BMW X5 Li facelift menerima tambahan jarak antara roda sebanyak 130 mm berbanding model standard, menjadikan kabin lebih luas dengan ruang yang besar untuk memuatkan pelbagai kelengkapan dan kemudahan mewah. Saiz yang lebih besar ini juga memudahkan penumpang untuk masuk dan daripada kenderaan. 


BMW-X5-Li-Facelift-China-13.jpgBMW-X5-Li-Facelift-China-4.jpg

BMW-X5-Li-Facelift-China-8.jpgBMW-X5-Li-Facelift-China-15.jpgJarak roda yang panjang menjadikan X5 Li facelift tampil lebih luas dan mewah

KABIN BMW X5 LI FACELIFT 


Antara kelengkapan mewah terkini yang ditawarkan dalam kabin X5 Li ialah tempat duduk belakang dalam upholsteri kulit jahitan kuilt (quilt) dengan perehat tangan khas, serta sistem infotainmen dengan perisian BMW iDrive 8.5 yang terbaru. Perisian ini hadir dengan struktur menu dan skrin home baharu. 


BMW-X5-Li-Facelift-China-7.jpg

BMW-X5-Li-Facelift-China-11.jpgBMW-X5-Li-Facelift-China-14.jpg


LUARAN BMW X5 LI FACELIFT 


Dari luar,  X5 Li facelift tidak jauh berbeza dengan X5 versi standard, menampilkan sudut hadapan yang diberikan rekaan semula bersama bampar depan baharu. Satu-satunya perubahan ketara yang dapat dilihat adalah dari sudut tepi, kerana X5 Li ternyata lebih panjang, menjadikan siluetnya lebih elegan. 


PRESTASI BMW X5 LI FACELIFT 


Dihasilkan di kilang BMW Brilliant di Dadong, China, X5 Li baharu ini akan ditawarkan dalam dua varian. Varian asas,  X5 xDrive30 Li, dikuasakan oleh enjin petrol 2.0L 4 silinder dengan ouput 255 hp dan 400 Nm yang memberi tenaga kepada SUV ini untuk melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 7.2 saat. 


Untuk prestasi yang lebih tinggi, model X5 xDrive40 Li hadir dengan enjin yang lebih berkuasa, enjin 3.0L 6 silinder sebaris turbo yang menghamburkan kuasa 375 hp dan 520 Nm, sekaligus menjadikan kereta jauh lebih pantas dengan kuasa pecutan hingga 100 km/j dalam masa hanya 5.5 saat. Selain berbeza enjin, varian ini juga ditawarkan dengan pilihan tambahan sistem suspensi udara dwi-gandar adaptif untuk keselesaan lebih baik. 


BMW-X5-Li-Facelift-China-10.jpgBMW-X5-Li-Facelift-China-2.jpg

Malangnya, X5 Li facelift adalah model yang eksklusif yang dikeluarkan untuk pasaran China, bermakna ia tidak akan tersedia di pasaran antarabangsa yang lain


HARGA BMW X5 LI FACELIFT 


BMW X5 Li facelift baharu dijangka akan memasuki pasaran China pada bulan September tahun ini, dengan harga bermula dari CNY 615,000 (RM392,739) untuk model  asas xDrive30 Li, manakala model xDrive 40 Li yang lebih berprestasi dijual pada harga yang lebih tinggi, iaitu CNY 729,000 (RM465,539). 


BMW-X5-Li-Facelift-China-12.jpg

Tag:

BMW China
BMW X5 Li facelift
BMW X5 Li Facelift LWB
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

BMW iX3L Neue Klasse: SUV Elektrik 'LWB' Bakal Gegar Pasaran, Malaysia Dalam Radar?

BMW nampaknya tidak menunggu lama untuk melebarkan penguasaan dalam pasaran kenderaan elektrik (EV).

22-01-2026

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026