Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

EKSKLUSIF: R-Line Mk 8 Nak Jual Balik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Di sebalik sesi pratonton VW Golf R Mk 8 yang merupakan versi pemasangan tempatan (CKD), apa yang menjadi tanda tanya ialah di manakah varian Golf R-Line varian 'asas'? 

Untuk itu, kami ada ajukan soalan itu kepada sumber dalaman Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan responsnya agak menarik.

Sebelum menceritakan mengenai R-Line, Volkswagen Golf generasi kelapan buat pertama kalinya muncul dalam versi CKD pada Februari tahun lalu.

Berdasarkan rancangan awal,  VPCM mahu memasang  kedua-dua varian prestasi asas R-Line dan GTI di kilangnya yang terletak di Pekan, Pahang.

Langkah itu dilihat amat penting terutamanya kehadiran hot-hatch GTI dalam pasaran.

image.png

Bagi R-Line pula, VPCM telah memilih untuk menentukannya dengan transmisi automatik 8-kelajuan (8AT) yang nampaknya lebih dipercayai berbanding kotak dwi-clutch DSG.

Biarpun, harga rasminya sudah diumumkan pada Ogos tahun lepas, namun pergerakan jualan model itu dilihat agak lembap meskipun varian R-Line datang dengan lebih banyak kit termasuk pemacu aktif IQ.Drive jenama VW dan  sistem bantuan  pemandu (ADAS) yang ada pada GTI ini adalah lebih mahal.

Maka, tidak hairanlah VPCM terpaksa menghentikan jualan R-Line secara senyap-senyap.

Sebaliknya, VPCM mengambil inisiatif dengan mengemas kini GTI kembali pada Mac tahun ini dengan menyumbat pek ADAS.

image.pngimage.png

 Ini juga antara kemungkinan untuk menaik taraf prestasi Golf R seperti yang ditayangkan semalam.

Untuk makluman anda, R-Rated” Golf R dilancarkan bersama “R Performance Package” sebagai standard yang merangkumi ekzos titanium Akrapovič, mode “Drift” dan “Special”, spoiler belakang baharu serta rim aloi Estoril bersaiz 19 inci.

Begitupun, pada sesi pratonton semalam, sumber dalaman itu ada memberi bayangan bahawa varian R-Line berkemungkinan besar akan kembali dijual.

Pendek kata, Golf R-Line belum lagi disimpan sepenuhnya untuk pasaran tempatan namun ia  akan  kembali tidak lama lagi.

VW Golf R-Line Mk 8 pada mulanya diletakkan sebagai tawaran peringkat permulaan kepada rangkaian hatchback Golf generasi kelapan. 

image.png

Namun ia agak berbeza dengan  GTI dan R dimana ia disumbat dengan enjin 1.4 liter TSI 4-cyl turbo dengan hamburan kuasa 150 hp dan 250 Nm.

Apapun, sekiranya Golf R-Line Mk 8 kembali, mungkin kita akan melihat semakan harga iatu sekitar RM170,560 (tidak termasuk insurans).

Pengembalian model tersebut akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati pemanduan enjin pembakaran dalaman yang terakhir dari syarikat berkenaan.

Gallery

Tag:

Volkswagen and Passenger Cars Malaysia (VPCM)
Volkswagen R-Line
VW Golf Mk8
CKD cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Dilancar: Volkswagen Golf GTI Mk 8.5, Versi CKD - Harga Bermula Daripada RM255,990

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan secara rasminya Golf GTI Mk 8.5 pada harga RM255,990, sebentar tadi.

05-11-2025
Kereta Baru

Pratonton: Volkswagen Golf R-Line Ditunjuk

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mendedahkan Golf R-Line, sebentar tadi.

05-11-2025
Gaya Hidup

Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, Koleksi Untuk Eratkan Hubungan Pemilik, Haiwan Peliharaan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan koleksi gaya hidup eksklusif baharu, Volkswagen Pet Collection: Furever in Style, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

Renate Noessler Terajui VPCM

VPCM dan PHSAM mengumumkan pihaknya telah melantik Renate Noessler sebagai Pengarah Urusan VPCM untuk mengetuai operasi dan perniagaan VPCM.

16-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512

VPCM memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan.

07-05-2025
Berita Auto

VPCM Kemas Kini Harga Baharu Untuk Touareg R-Line CKD, Harga Tak Sampai RM400K

VPCM mengumumkan Touareg R-Line versi pemasangan tempatan kini ditawarkan pada harga bermula dari RM382,690.

03-01-2025
Berita Auto

VPCM Laksana Program Bantuan Banjir, Tawar Diskaun 30% Alat Ganti Tulen

VPCM melaksanakan inisiatif tahunan Volkswagen Cares untuk membantu pemilik kenderaan Volkswagen yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.

02-12-2024
Berita Auto

VPCM Catat Nama Dalam Malaysia Book of Records – Perhimpunan Volkswagen Golf Terbesar

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

27-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026