- Berita
- Berita Auto
- Elak Kekeliruan, DBKL Tukar Nama Laluan Bas GOKL Kepada Model Nombor
Elak Kekeliruan, DBKL Tukar Nama Laluan Bas GOKL Kepada Model Nombor


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan penukaran nama laluan perkhidmatan bas GOKL daripada menggunakan warna kepada model nombor mulai 1 Ogos.
Pertukaran ini melibatkan 14 laluan bagi membolehkan penumpang mengingati nama laluan dengan lebih mudah berbanding penggunaan warna yang rumit dan boleh menimbulkan kekeliruan.
![]()
Namun begitu, DBKL akan mengekalkan nama warna di hujung nama laluan buat sementara waktu, bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
Berikut adalah senarai laluan dan pertukaran yang dibuat:
- Laluan Hijau dari KLCC ke Bukit Bintang kepada GOKL 01 Laluan Ungu (Hab Pasar Seni-Bukit Bintang) kepada GOKL 02
- Laluan Merah (Hab Titiwangsa-KL Sentral) kepada GOKL 03
- Laluan Biru (Hab Titiwangsa-Bukit Bintang) kepada GOKL 04
- Laluan Jingga (Hab Titiwangsa-MINDEF) kepada GOKL 05
- Laluan Merah Jambu (PPR Pantai Ria-LRT Universiti) kepada GOKL 06
- Laluan Biru Firus (LRT Dato' Keramat-Kelumpuk Bambu (Setiawangsa) kepada GOKL 07
- Laluan Merah Manggis (MRT Kampung Batu-Chow Kit) kepada GOKL 08
- Laluan Coklat (LRT Sri Rampai-Seksyen 10 Wangsa Maju) kepada GOKL 09
- Laluan Hijau Serindit (Terminal Maluri-Bandar Sri Permaisuri) kepada GOKL 10
- Laluan Kelabu (MRT Maluri-Bandar Tun Razak) kepada GOKL 11
- Laluan Krim (Taman Fadason-MRT Sri Delima) kepada GOKL 12
- Laluan Merah Lembayung (MRT Jinjang-MATRADE) kepada GOKL 13
- Laluan terbaharu (Kompleks Komuniti Muhibbah-PPR Pinggiran Bukit Jalil) akan menggunakan model nombor GOKL 14


DBKL menggalakkan pengguna untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi GOKL bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

