Link Copiedcheck_circle
EV

Lamborghini Dedah Imej Acah Model Baharu – Ini Segala Yang Kita Tahu Setakat Ini...

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Jenama kereta sport mewah Itali, Lamborghini, telah menunjukkan imej acah untuk sebuah model dikatakan bakal didedahkan untuk tatapan umum semasa acara Monterey Car Week yang akan berlangsung minggu ini. 


Dikongsikan melalui Facebook rasmi Lamborghini, imej acah tersebut menunjukkan bayang-bayang bentuk sebuah model yang tidak kenali dengan keterangan yang bertulis “Sesuatu yang baru dan mengujakan akan didedahkan.”


Lamborghini-NewModelTeaser-(1).jpg

Imej acah kereta konsep EV GT Lamborghini yang akan dipertontonkan


Berdasarkan hasil penelitian, dapat dilihat bahawa model baru ini menggunakan konsep reka bentuk yang sama dengan beberapa model Lambo yang sedia ada, terutamanya pada garis tingkap yang tajam dan bentuk badan yang bersudut. Selain itu, EV mewah ini juga direka dengan garis bahu yang agak melengkung, dengan garis bumbung yang kelihatan agak panjang untuk sebuah supercar dengan dua tempat duduk. 


Lamborghini-New-EV-GT-(1).jpg

Presiden & CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann


Sebelum imej acah ini didedahkan, Presiden dan CEO Lamborghini, Stephan Winkelmann pernah mengesahkan bahawa jenama kebanggaan Itali itu akan memperkenalkan sebuah kereta konsep EV GT baharu yang bakal memasuki fasa pengeluaran pada separuh pertama abad ini. Digambarkan sebagai “prototaip pertama daripada kereta pengeluaran siri keempat" Lamborghini, EV ini akan berdiri sebagai sebuah grand tourer 2+2. Winkellman juga mengesahkan bahawa model ini sesuai untuk kegunaan harian berbanding Huracan, dan menekankan ia bukanlah pengganti SUV Urus.


Lamborghini-New-EV-GT-(2).jpg


Model konsep EV ini juga dikatakan bakal menggunakan komponen EV yang sama seperti model EV lain daripada Volkswagen Group, sama seperti bagaimana Urus berkongsi landasan yang sama dengan model-model seperti  Porsche Cayenne, Audi Q7, dan Bentley Bentayga - semua jenama di bawah VW.


thumb-Lamborghini-NewTeaser.jpg


Kereta konsep ini dijangka akan diperkenalkan di peringkat global pada 18 Ogos semasa acara Monterey Car Week yang akan diadakan di Pebble Beach, California. Nantikan maklumat lebih terperinci mengenai model ini sebaik pendedahan dibuat nanti.  Ikuti kami di Facebook dan Instagram untuk mendapatkan berita automotif terkini!

Tag:

Lamborghini EV
Lamborghini EV GT Concept Teaser
Imej Acah
Imej Acah Lamborghini
Lamborghini Elektrik
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Imej Acah Sedan Audi A6 Didedahkan – Pelancaran 15 April Ini

Audi mendedahkan imej acah pertama sedan yang terbaru, Audi A6.

09-04-2025
EV

Teaser BYD Seal Didedahkan, Dilancarkan Di Malaysia Tak Lama Lagi?

BYD Sime Darby Motors Malaysia telah berkongsi teaser yang penuh dengan misteri...

09-01-2024
Global

Subaru Dedah Imej Acah Forester Generasi Ke-6, Bakal Dipertontonkan Di Los Angeles

Subaru Forester generasi seterusnya akan dipertontonkan tidak lama lagi.

06-11-2023

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV