Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

NGERI! Tertusuk Buluh Dalam Perut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ngeri!

Itulah kejadian yang menimpa ke atas seorang remaja yang cedera parah selepas tertusuk sebatang buluh sepanjang dua meter di bahagian perut.

Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, Kelantan semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata, mangsa  Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13,  dalam perjalanan untuk pergi memancing.

image.png

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda muatan buluh yang diparkir di tepi jalan.

"Sebatang buluh berukuran dua meter tertikam menembusi perut mangsa. Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan awal dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk rawatan susulan,” katanya.

image.png

Bagaimanapun, perkembangan terkini melaporkan mangsa berada dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batang buluh itu.

Namun, mangsa memerlukan pemeriksaan secara berterusan kerana bimbang masih ada serpihan buluh pada perutnya.

Gallery

Tag:

kemalangan jalan raya
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Enam Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Korok, Al-Fatihah

Kehilangan sebuah keluarga akhirnya terungkai apabila enam beranak yang dikhuatiri hilang itu ditemui maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam sungai.

07-07-2025
Berita Auto

VIRAL : 3 Penunggang Motosikal Terjatuh Di Lokasi Sama, Tiada Kesan Tumpahan Minyak

Polis kini sedang mengesan dua penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu.

28-04-2025
Berita Auto

Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori

Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.

29-12-2024
Berita Auto

Penjawat Awam Maut Di LPT 2

Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.

26-11-2024
Berita Auto

Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal

Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.

11-10-2024
Berita Auto

"Angka Ini Sangat Menyedihkan,"- Loke

Ramai penunggang motosikal terkorban di atas jalan raya.

17-05-2024
Berita Auto

Apa Kes, Tesla Buat Hal!

Sebuah Tesla berwarna merah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tersembam di atas jalan raya.

13-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026