Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Notis Etika Pakaian Pusat Servis Perodua Kuantan Diturunkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perodua-Dress-Code-Issue-Caricarz-(1).png


Baru-baru ini, perbincangan hangat bangkit di media sosial setelah foto yang memaparkan etika pakaian di sebuah Pusat Servis Perodua tular. 


Netizen berkongsi pelbagai pendapat, namun kebanyakannya tidak menyetujui tindakan keperluan etika pakaian seolah-olah ingin berurusan di pejabat kerajaan, kerana pelanggan hanya datang untuk mendapatkan servis kenderaan sahaja. 


Ada juga berkongsi bahawa peraturan sedemikian menyusahkan pelanggan kerana mungkin ada antara mereka yang tidak mempunyai pakaian bersesuaian. 


Isu ini mendapat perhatian Perodua Sales Sdn Bhd yang telah membuat permohonan maaf bagi pihak pusat servisnya yang bertempat di Kuantan, Pahang. 



Permohonan-Maaf-Perodua-Etika-Pakaian.jpeg


“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh pelanggan yang kami hargai di Pusat Servis Perodua berkenaan,” kata Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar.


Menurut sumber, pengurusan pusat servis telah memutuskan untuk mengeluarkan notis tersebut selepas isu itu tular, bertujuan untuk mengelakkan salah faham.


Di masa akan datang, pusat servis akan meneruskan perkhidmatan seperti biasa tanpa mengambil kira faktor pakaian pelanggan.


Tag:

Kod Etika Pemakaian
Perodua Kuantan
Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua)
Pusat Servis Perodua Kuantan
Isu Viral
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Public Bank Sediakan Pembiayaan Komprehensif Untuk Pengedar Perodua

Public Bank Berhad dan Perodua Sales Sdn Bhd (Perodua) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC).

30-05-2023
Berita Auto

Kerana ‘Jahil’ SmartLane, Penunggang Motor Rosakkan Kereta Di Lorong Kecemasan

Rupanya masih ada rakyat Malaysia yang tidak tahu kewujudan laluan SmartLane.

13-02-2024
Global

"Ini Cara Elak Bayar Tambang Tren." – Pempengaruh TikTok Didenda RM4K

Perkongsian yang dibuat seorang pempengaruh TikTok akhirnya membawa padah.

07-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026