Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peluang Teroka Potensi Sebenar Ford Ranger & Raptor 26 Ogos & 16 Sept Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(6).jpg


Anda pemilik Ford Ranger atau Ranger Raptor dan ingin meneroka potensi sebenar jentera 4x4 yang dimiliki? Sertai pengalaman latihan Ford Ranger Getaways yang akan diadakan tidak lama lagi!


Sesi latihan pertama akan diadakan di M4TREC Beginner 4WD Course di Semenyih, Selangor pada 26 Ogos 2023. Sesi seterusnya akan dijalankan di Sar4Trac Beginner 4WD Course di Kampung Barieng, Bau, Sarawak pada 16 September 2023. Latihan 4WD peringkat awal ini sesuai untuk pemilik yang masih baru dalam aktiviti mencabar, pemanduan off-road untuk menimba pengetahuan dan teknik asas pemanduan off-road yang selamat. 


Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(8).jpgFord-Ranger-Getaway-Caricarz-(4).jpg


Kedua-dua pusat latihan M4TREC dan Sar4Trac merupakan fasiliti yang telah direka khas untuk pembelajaran dan pengalaman pemanduan off-road dalam persekitaran selamat dan terkawal. Kursus akan dijalankan oleh jurulatih profesional bersijil HRDF yang juga pakar dalam pemanduan off-road.


Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(9).jpgFord-Ranger-Getaway-Caricarz-(11).jpg


Peserta dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kemampuan dan potensi sebenar Ranger dan Ranger Raptor yang dimiliki selain berpeluang untuk bertemu dengan pemilik lain yang berkongsi minat sama. 


Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair,  berkata, "Kami komited untuk membantu pelanggan meneroka kebolehan sebenar Ranger dan Raptors supaya mereka dapat menikmati kehidupan sepuasnya. Kursus Beginner 4WD ini adalah peluang yang baik untuk pemilik, terutamanya pelanggan Next-Gen, mempelajari kemahiran pengendalian kenderaan dengan selamat dan yakin dalam pelbagai jenis laluan.”


Asas Penting Untuk Pengembaraan Off-Road 


Sesi latihan dimulakan dengan taklimat mendalam tentang keselamatan, asas pemanduan 4x4 dan rintangan atau cabaran yang akan dilalui. 


Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(13).jpgFord-Ranger-Getaway-Caricarz-(3).jpg

Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(5).jpgFord-Ranger-Getaway-Caricarz-(14).jpg


Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang untuk mempraktikkan teknik asas dalam sesi praktikal di bawah bimbingan instruktor. Di M4TREC, rintangan termasuk Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, Ridge Crossing / Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash.


Peserta di Sar4Trac pula akan melalui ladang pisang Ngirobuh untuk menempuhi cabaran Dirt Track, Frame Twister, Mud & Gravel, Rutted Track, Ditch, Hill Ascent, Hill Descent dan Water Wading. 


Ford-Ranger-Getaway-Caricarz-(12).jpgFord-Ranger-Getaway-Caricarz-(10).jpg


Kesemua peserta aktiviti akan menerima Sijil Tamat setelah menyelesaikan semua sesi latihan. 


Pendaftaran


Kursus 4x4 ini ditawarkan pada harga RM498 seorang, dengan maksimum dua peserta setiap kenderaan. Pemilik Next-Generation Ranger dan Ranger Raptor yang belum menggunakan kod kad Inner Circle boleh menebus diskaun sebanyak 30%. Pemilik terawal Next-Gen Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel juga digalakkan untuk menebus diskaun Gateways ini sebelum tamat pada Jun 2024.


Tempahan dan pembayaran bagi kedua-dua kursus boleh dibuat di platform Ford Ranger Getaways melalui laman web SDAC-Ford Malaysia. Untuk info lanjut tentang pengembaraan, kunjungi platform Ford Ranger Getaways.


Untuk maklumat mengenai SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.

Tag:

M4TREC Beginner 4WD Course
Sar4Trac Beginner 4WD Course
Ford Ranger Getaways
Ford Ranger
Ranger Raptor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

24-02-2024
Berita Auto

18-08-2023
Berita Auto

03-06-2026
Global

25-11-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Berita Auto

12-08-2025
Kereta Baru

25-09-2024
Kereta Baru

30-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026