- Berita
- Berita Auto
- Pemandu Treler Ada 13 Saman, Apapun Takziah!

Sebuah treler terbalik menyebabkan pemandunya maut manakala seorang lagi pemandu lori membawa muatan tembikai turut terkorban dalam nahas tiga kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Tapah, Perak, semalam.
,Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan berhampiran Chenderiang yang menyebabkan dua pemandu lelaki berusia 31 dan 67 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang wanita yang memandu pacuan empat roda bernasib baik kerana hanya cedera ringan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas treler muatan simen hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pembahagi tengah lebuh raya.

"Treler terbabit kemudiannya merempuh sebuah lori membawa muatan tembikai dan kenderaan pacuan empat roda di laluan bertentangan arah selatan ke utara," katanya.

Malah, semakan rekod kesalahan trafik mendapati pemandu treler muatan simen itu mempunyai 13 saman trafik terkumpul sejak 2010 hingga 2023, termasuk pernah sekali terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar tahun 2018.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/