Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PM, Elon Musk Rasmi Ibu Pejabat Tesla-Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan Space X, Elon Musk akan mengunjungi  Malaysia untuk merasmikan ibu pejabat Tesla Malaysia yang terletal di Cyberjaya pada hujung September atau Oktober ini.

Memetik laporan akhbar tempatan, perasmian itu akan turut disertai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.

image.png

Kedatangan Musk itu dimaklumkan sendiri oleh Anwar semasa menyampaikan ceramah pada Jelajah Perpaduan Madani di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Kuala Terengganu semalam.

"Selang dua... tiga minggu selepas pertemuan (menerusi maya), ketua rantau Asia jumpa saya. Dia kata, Prime Minister, kami sudah membeli bangunan besar di Cyberjaya untuk ibu pejabat dan dijangka siap akhir September atau Oktober ini.

"Kami minta Perdana Menteri merasmikan, saya cakap boleh tapi dengan syarat Elon Musk datang, kami rasmi sekali," katanya.

Terdahulu, Anwar memaklumkan Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikatnya.

Malah, pada bulan lepas Tesla Malaysia sudah mula membuka tempahan untuk model Y menerusi laman web khas.

image.png

Untuk pasaran Malaysia, model Y didatangkan dengan tiga varian: - Standard RWD, Long Ra  Tesla Model Y Standard RWD bermula dari RM199,000 manakala Model Y Long Range AWD (RM246,000).

Bagi  Model Y Performance AWD pula, ia ditawarkan pada  RM288,000.


Gallery

Tag:

Anwar Ibrahim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-03-2025
Berita Auto

21-01-2023
Berita Auto

29-11-2022
Berita Auto

24-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026