Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Jadi Turunkan Harga Minyak

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu mengenai khabar berita penurunan harga minyak kerana sebelum ini ada desas-desus mengatakan RON95 akan turun 10 sen namun, semua itu adalah sekadar khabar angin.

Sebaliknya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa kerajaan tidak boleh melaksanakan penurunan harga minyak kerana hutang negara cukup tinggi ketika ini.

image.png

"Rakyat bertanya kepada kita mengapa tidak turunkan harga petrol. Pertamanya, hutang sekarang RM1.5 trilion. Kita ada hutang besar, jadi kerajaan harus buat pilihan,” katanya.

Untuk makluman anda, satu liter RON95 kini berharga RM2.05, maka kerajaan sudah memberi subsidi RM1 atau dua pertiga daripada kosnya yang dianggarkan jumlah keseluruhannya berjumlah RM25 bilion.

Pada tahun lalu, subsidi untuk RON95, diesel dan elektrik mencecah RM80 bilion, dengan pendapatan kerajaan dianggarkan sekitar RM300 bilion.

image.png

"Kerajaan kena bayar subsidi sampai RM80 bilion, bayar lagi faedah atas hutang lebih kurang RM30 bilion, tambah pula gaji pekerja, sewa bangunan kerajaan dan perbelanjaan kerajaan beratus-ratus bilion.

"Akhirnya duit itu habis semua, jadi bagaimana kita hendak bantu rakyat untuk naikkan gaji, bina lebih banyak rumah dan wujudkan program basmi kemiskinan yang mengubah kehidupan rakyat," katanya.

Menurutnya, mungkin mudah bagi kerajaan memenangi PRN dengan mengumumkan harga minyak turun sebanyak 20 sen, tetapi ia akan memberi kesan lebih besar.

Pada 2022, Anwar ketika berada dalam blok pembangkang, berjanji menurunkan harga petrol, sehari selepas beliau mengambil alih tampuk pemerintahan.

Gallery

Tag:

hutang negara
rafiziramli
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Berangan Harga Minyak Tak Turun

Tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan untuk menurunkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel buat masa ini.

29-07-2023
Berita Auto

Korang Boleh Pohon Peruntukan Untuk Baiki Jalan?

Rakyat boleh mohon peruntukan untuk tampal jalan berlubang tetapi ada syarat-syaratnya.

02-06-2023
Berita Auto

Rafizi Pernah Kongsi Formula Turunkan Harga Kereta

Rakyat tunggu formula Fmenurunkan harga kenderaan yang dikupas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini.

05-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026