Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tambang Bas Percuma Hanya Untuk Golongan Sasar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ada berita baik bagi mereka yang menggunakan bas henti-henti, MyBas di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru. 

Ini kerana kerajaan menawarkan tambang percuma bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan itu di tiga bandar tersebut.

Bagaimanapun, hanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas berusia 60 tahun ke atas dan pelajar sekolah berusia tujuh hingga 17 tahun yang layak menerima tambang percuma.

image.png

Bercakap mengenai perkhidmatan itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, hanya golongan sasar warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk menerima manfaat tambang percuma myBas Konsesi ini.

“Ini adalah satu lagi tawaran atau inisiatif kami tawarkan bermula hari ini, walaupun saya boleh buat pengumuman semasa kempen pilihan raya tetapi kami elakkan, tidak mahu dilihat sebagai gula-gula pilihan raya. Ini memang inisiatif yang mahu kami laksanakan dan bawa kepada rakyat terutama bagi tujuan menggunakan pengangkutan awam.

image.png

“Bagi semua laluan yang mempunyai program SBST MyBAS ini di tiga buah bandar raya terlibat, kita mulakan perkhidmatan percuma kepada golongan yang disebut tadi. Prosesnya sangat ringkas, mereka hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan kemudian membaharui kad myBas Konsesi itu secara tahunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  sidang akhbar mengumumkan inisiatif Tambang Percuma myBas Konsesi Bagi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti Program SBST di Terminal 1, Seremban.

image.png

Buat masa ini, terdapat 12 kaunter pendaftaran kad myBas Konsesi itu di ketiga-tiga buah bandar raya tersebut termasuk di Terminal 1, Seremban; Terminal Bas Port Dickson; Stesen Bas Medan Kidd (Ipoh) dan Terminal Bas Gelang Patah, Johor Bahru.

Diharapkan inisiatif ini dapat meringankan beban golongan yang disasarkan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026