Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Cycle & Carriage Mutiara Damansara Diiktiraf Pengedar Automotif Paling Lestari

Sofea Najmi

Kongsi melalui

C&C-GREEN-Caricarz-(1).jpg


Pengedar automotif, Cycle & Carriage Mutiara Damansara, telah menerima Pengiktirafan Perak GreenRE (GreenRE Silver Certification) menjadikannya pengedar yang pertama di Malaysia dengan pencapaian tersebut. 


Ketua Pegawai Eksekutif Cycle & Carriage Malaysia, Encik Thomas Tok berkata, pencapaian ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada sektor automotif untuk membuat perubahan yang bermanfaat ke arah masa depan yang lebih lestari.


C&C-GREEN-Caricarz-(3).jpgC&C-GREEN-Caricarz-(5).jpg


Bagi mencapai Pengiktirafan Perak GreenRE, Cycle & Carriage Mutiara Damansara telah memenuhi beberapa kriteria penting, termasuk penggunaan sistem penghawa dingin yang cekap dengan lampu LED yang kurang mengeluarkan haba, mengurangkan penggunaan elektrik melalui pencahayaan LED, penambahbaikan berterusan untuk kesejahteraan penghuni bangunan, mengutamakan ruang parkir dengan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), menyediakan akses pengangkutan awam yang baik dan mengurangkan sisa dan memperbanyakkan usaha kitar semula. 


Cycle & Carriage akan berusaha untuk mendapatkan Pengiktirafan GreenRE untuk cawangan lain di Semenanjung Malaysia. 


C&C-GREEN-Caricarz-(4).jpgC&C-GREEN-Caricarz-(6).jpg


Sistem pensijilan GreenRE di Malaysia biasanya digunakan untuk menganalisis dan membuat pengesahan bangunan berdasarkan standard kelestarian alam sekitar dan kecekapan tenaga. 


Pengikitirafan yang diberikan terdiri daripada beberapa peringkat iaitu Platinum, Emas, Perak dan Gangsa, yang mewakili tahap komitmen terhadap kelestarian dalam pelbagai kategori seperti kecekapan penggunaan tenaga dan air, kualiti alam sekitar dalaman, pembangunan tapak yang mampan, bahan dan sumber, serta inovasi.

Tag:

Cycle & Carriage
Cycle & Carriage Mutiara Damansara
Pengiktirafan Perak GreenRE
GreenRE Silver Certification
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Gandingan Dua Gergasi: Kia Malaysia Lantik Cycle & Carriage Sebagai Pengedar Baharu

Kia Sales Malaysia lantik Cycle & Carriage sebagai pengedar sah, perkukuh rangkaian jualan.

08-05-2026
Berita Auto

C&C Mercedes-Benz Batu Caves Berwajah Baharu – Lebih Canggih & Mesra Pelanggan

Cycle & Carriage (C&C), salah satu pengedar automotif tertua dan terbesar di Malaysia, telah merasmikan semula Pusat 2S Mercedes-Benz Batu Cave.

15-05-2025
Berita Auto

Cycle & Carriage Cheras Kini Pamer Jenama Peugeot & Mercedes-Benz Di Bawah Satu Bumbung

Pengedar kereta premium tempatan, Cycle & Carriage, minggu ini telah merasmikan cawangan di Jalan Cheras (Cycle & Carriage Cheras) yang telah dinaiktaraf.

25-10-2024
Berita Auto

C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!

Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.

06-10-2024
Berita Auto

Cycle &Carriage Bakal Edar Kereta Stellantis, Mula Dengan Peugeot

Stellantis Malaysia mengorak setapak ke hadapan apabila syarikat itu memeterai kerjasama dengan pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage.

01-08-2024
Berita Auto

Cycle & Carriage Rasmi Pembukaan Pusat 2S Sungai Pinang

Cycle & Carriage baru-baru ini melancarkan autohaus ke-12 di Malaysia, Cycle & Carriage Sungai Pinang.

02-07-2024
Berita Auto

Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz

Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz.

05-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026