Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Dia Imej Teaser Model EV Baharu Toyota

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota ada menyiarkan video pendek mengenai model crossover EV terbaharunya di laman X dan laman web rasminya baru-baru ini.

Berdasarkan video teaser itu, bahagian belakang crossover itu nampak macam konsep bZ Compact SUV yang pernah diperkenalkan pada tahun 2022

Ia juga dilihat menggunakan lencana berwarna biru iaitu sama seperti Prius Hibrid.

Biarpun, Toyota masih belum mendedahkan nama tepat pada model EV baharu ini, namun ada desas-desus mengatakan ia mungkin dinamakan sebagai bZ3X (hanya di China).

image.pngimage.png

Kenyataan itu dilihat berasas memandangkan kompak bZ Compact SUV ini merujuk kepada model produksi EV yang diposisikan bawah Toyota bZ4X, iaitu EV pertama Toyota.

Digayakan secara agresif oleh studio Toyota ED2 di Perancis, konsep SUV kompak bZ ini mempunyai persamaan yang hampir sama dengan crossover sporty Toyota C-HR generasi kedua. 

image.png

Begitupun,  bahagian dalam konsep EV menampilkan reka bentuk kabin yang kelihatan sangat futuristik namun kami tidak pasti 100% sama ada versi pengeluarannya akan membawa kepada susun atur kabin ini atau sebaliknya,

Malah,sehingga berita ini ditulis, Toyota masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai spesifikasi trenkuasa model EV baharu ini.

Untuk makluman, versi pacuan semua roda (AWD) dwi-motor dikatakan mampu menghamburkan kuasa setakat 214 hp  (160 kW) dan menawarkan perjalanan sejauh 406 km dengan hanya sekali cas.

image.png

Difahamkan, ia akan membuat penampilan sulungnya pada tahun 2026 dan ia akan menggantikan SUV RZ EV semasa. 

Apa yang penting,  konsep EV modular ini juga akan menggunakan teknologi bateri EV terbaharu Toyota, dimana model EV  itu nanti mampu bergerak sejauh  800 km dengan hanya sekali cas.

Selain itu, pek bateri litium-ion ini juga dikatakan lebih murah untuk dihasilkan, dimana Toyota menganggarkan pek bateri itu kira-kira 20% lebih murah daripada pek bateri semasa yang digunakan pada bZ4X.

Gallery

Tag:

Toyota Motor Corporation (TMC)
bz sport crossover concept
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

2 Kereta Konsep Toyota Ditayang! Nampak Lain Semacam

Toyota bawa masuk dua kereta konsepnya pada Auto Shanghai 2023.

21-04-2023

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026