Link Copiedcheck_circle
EV

Kilang Mini Oxford Bakal Keluarkan EV Aceman, Cooper

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MINI sedang meningkatkan penggunaan elektromobilitinya memandangkan syarikat itu memutuskan untuk menaik taraf dan menambah baik kemudahan pengeluarannya untuk memenuhi barisan model MINI EV  yang akan datang dalam beberapa tahun lagi.

Dalam mencapai matlamat ini, BMW Group, bersama Kerajaan Britain  telah memperuntukkan lebih kurang RM3.5 bilion untuk mengubah kilang MINI di menjadi hab pembuatan EV sepenuhnya.

image.pngimage.png

Menerusi pelaburan ini, fasiliti MINI itu akan mengeluarkan model MINI EV baharu seperti MINI Cooper Electric generasi seterusnya termasuk  MINI Aceman EV yang akan dilancarkan  menjelang tahun 2026.

Selain fasiliti di Oxford, MINI EV generasi seterusnya juga akan dikeluarkan di kilang pembuatan EV BMW Group di Zhangjiagang, China.

image.pngimage.png

Jadi bagi memenuhi pengeluaran EV secara besar-besaran, kemudahan pembuatan bateri dan logistik baharu akan dibina di dalam kawasan kilang Oxford, manakala kemudahan komponen di kilang Swindon akan dibesarkan bagi membolehkan jumlah pengeluaran yang lebih tinggi.

Dengan penambahbaikan ini, kilang MINI di Oxford mampu mengeluarkan sehingga 200,000 unit kenderaan setiap tahun dalam "jangka sederhana", dengan sebahagian besarnya ialah model EV generasi seterusnya.

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif MINI,  Stefanie Wurst berkata, Mini sentiasa menyedari asal-usulnya dimana Oxford kekal sebagai nadi jenama ini.

“Saya gembira kerana dua model MINI serba elektrik, MINI Cooper dan Mini Aceman  juga dihasilkan di Oxford, sekali gus membuka laluan kami menjadi kereta elektrik sepenuhnya,

Bagaimanapun, model enjin pembakaran dalaman seperti MINI 3-pintu  dan 5-pintu generasi seterusnya akan terus dihasilkan di kilang MINI di Oxford menjelang akhir dekad ini, kerana kemudahan pengeluaran ini akan diubah menjadi hab pengeluaran kereta elektrik.

image.pngimage.png

Dikhabarkan kilang BMW di China dan kilang MINI di Oxford termasuk kilang Leipzig BMW Group juga akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan MINI EV generasi seterusnya.

image.png

Ini bermakna MINI Countryman EV baharu akan dihasilkan di situ sekali gus – menjadi model MINI pertama yang akan dikeluarkan di Jerman.

Gallery

Tag:

MINI ACEMAN
Mini Cooper
BMW MINI
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rasai "Pemanduan Go Kart" Dengan MINI Di MINI JCW Track Day 2025

MINI Malaysia menganjurkan acara MINI John Cooper Works (JCW) Track Day 2025 untuk pihak media di Gamuda Cove, Selangor, pagi tadi.

23-05-2025
Berita Auto

Auto Bavaria Kenalkan Mini Aceman Elektrik Pertama Di Tebrau

Auto Bavaria memperkenalkan crossover kompak elektrik, MINI Aceman pertama, di Auto Bavaria Tebrau, Johor.

13-11-2024
EV

Jom Pandu Uji MINI Aceman Elektrik yang Pertama – Hampir 410 KM, Dari RM213K

MINI Aceman kini hadir dalam versi elektrik (EV) sepenuhnya, mengikuti jejak langkah Cooper dan Countryman yang telah pun ditawarkan di pasaran dengan trenkuasa elektrik.

28-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
EV

EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024

MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024.

25-04-2024
EV

Crossover Elektrik, MINI Aceman Didedahkan Menjelang Penampilan Sulungnya di Auto China 2024

Ini dia MINI Aceman yang bakal diperkenalkan semasa Auto China 2024 minggu depan.

21-04-2024
Berita Auto

Hasil Kenderaan Elektrik Baharu MINI, Kemungkinan Dikenali Sebagai The Aceman?

MINI yang baharu sahaja mengumumkan mengenai matlamatnya yang mahu menjadi kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang tahun 2030 membuat keputusan untuk memperkenalkan kereta pembakaran enjin terakhirnya pada tahun 2025.

29-04-2021
Berita Auto

Tular: Video Mini Cooper Terbang, Rupanya Pemandu Tersilap Tekan Pedal Minyak

Pemandu Mini Cooper didapati negatif daripada pengaruh alkohol.

16-10-2025

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026