Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Menarik Hujung Minggu Ini! Toyota Gazoo Racing Festival Pusingan Akhir – Perlumbaan, Konsert, Makanan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

tgr-s6r3-cover1.jpg


Debaran kian terasa, kemuncak Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 bakal berlangsung pada hujung minggu ini dari Sabtu, 30 September hingga Ahad, 1 Oktober, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Selain perlumbaan sengit, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan untuk memeriahkan hari para pengunjung yang datang. 


TGRS6R2-EHS00032-PhotobyAllIsAmazing.jpg

TGRS6R2-EHS00544-PhotobyAllIsAmazing.jpgTGRS6R2-RD103104-PhotobyAllIsAmazing.jpg

Acara utama, Toyota Vios Challenge, pada hujung minggu ini menyaksikan empat kategori perlumbaan iaitu Super Sporting, Rookie, Promotional dan Sporting dipertandingkan 


"Acara kemuncak ini telah dirancang sebaiknya sebagai tanda terima kasih dan untuk meraikan semua peminat yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan berterusan Toyota Gazoo Racing Festival," kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K.


tgr-s6r3-cover2.jpg


Acara utama yang akan diadakan adalah persaingan sengit antara 45 pelumba untuk mengaut gelaran sebagai juaran dalam Toyota Gazoo Racing Vios Challenge. Perlumbaan pusingan ke-3 yang juga peringkat terakhir pada hujung minggu ini akan menjadi penentu nama-nama yang bakal menaiki podium kejohanan untuk setiap kelas yang dipertandingkan. 


Selain itu, orang ramai juga berpeluang untuk menyaksikan kereta lumba baharu yang dibangunkan berdasarkan Vios generasi keempat serba baharu (AC100) yang telah dilancarkan di pasaran pada Mac tahun ini. Model ini bakal digunakan dalam persaingan antara selebriti dalam perlumbaan Promotional Class.


Selain perlumbaan di litar, Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6 akan menjadi tuan rumah kepada acara Tempatan Fest yang dimeriahkan dengan konsert, gerai-gerai makanan dan minuman, seni, pakaian dan barangan antik. 


original.png
tgr-s6r3-live-performances-KmyKmo-Luca.jpgtgr-s6r3-live-performances-OAG.jpgtgr-s6r3-live-performances-IqbalM.jpgtgr-s6r3-live-performances-16Baris.jpg


Pertunjukan muzik pada hari pertama melibatkan persembahan daripada KMY KMO dan Luca Sickta sebagai pembuka sebelum persembahan daripada kumpulan muzik tersohor tanah air, OAG. 


Konsert pada hari ke-2 pula dibuka oleh kumpulan alternatif rock, Iqbal M yang kemudiannya diikuti oleh barisan penyanyi hip hop 16 Baris, termasuk Joe Flizzow, MK, SonaOne, ALYPH, AbangSapau, Killa Driz, Sophia Liana, Gard, Pele, Fuego & DJ CZA.


TGRS6R2-EHS09502-PhotobyAllIsAmazing.jpgTGRS6R2-RD102605-PhotobyAllIsAmazing.jpg
TGRS6R2-EHS09570-PhotobyAllIsAmazing.jpg


Masuk adalah PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar secara dalam talian melalui laman web TGR Malaysia - toyota.com.my/tgrmalaysia


Selain itu, aksi perlumbaan dari Vios Challenge juga akan disiarkan secara langsung dalam talian melalui Facebook, Instagram dan YouTube TGR Malaysia.

Tag:

Aktiviti Hujung Minggu
Toyota Gazoo Racing Festival
Toyota Gazoo Racing Festival Musim Ke-6
Litar Antarabangsa Sepang
Vios Challenge
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-08-2024
Berita Auto

13-09-2022
Berita Auto

27-06-2022
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing Musim Ke-5 Pusingan 1: Lebih Sengit Daripada Biasa!

Festival Toyota Gazoo Racing dan Vios Challenge pusingan pertama (19-20 Mac) telah berakhir semalam.

21-03-2022
Berita Auto

Toyota Gazoo Racing Malaysia Musim Ke-4

Antara pengisian menarik sepanjang acara yang akan disiarkan secara dalam talian ini adalah tiga sesi kelayakan, enam perlumbaan secara individu, sesi temubual dengan pelumba dan banyak lagi.

01-03-2021
Berita Auto

07-01-2025
Berita Auto

03-10-2023
Berita Auto

30-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026