Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Delica Mini x Coleman Dah Masuk Jepun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Adakah anda masih ingat dengan kereta konsep kei Mitsubishi Delica Mini x Coleman yang pernah ditayangkan pada pameran Tokyo Auto  Salon 2023 pada awal tahun ini?

Apapun, nampaknya Mitsubishi Motors Corporation (MMC) kini menawarkan tahap kemasan yang agak unik dimana ia menjadi pilihan untuk keluaran kereta kei Delica Mini.

image.png

Ia berikutan ramai pelanggannya kelihatan sangat berminat dengan reka bentuknya.

Difahamkan, ia ditawarkan secara eksklusif di pasaran Jepun dimana badan Delica Mini ini dibalut dengan pelekat Coleman.

Untuk makluman anda, Coleman adalah jenama aktiviti luar dan perkhemahan yang terkenal dan mengguna warna baharu greige (kelabu dan kuning air) pada 2023.

Kemasan pilihan ini menambah warna luaran kuning air pada Delica Mini, manakala terdapat lambang Coleman pada kedua-dua tiang D.

image.pngimage.png

Malah,  pelekat berbentuk lampu khemah telah dialihkan ke pintu hadapan, yang menyebabkan ia kelihatan lebih kecil daripada apa yang kita lihat pada model konsep sebelum ini.

Malangnya, dengan ciri tambahan ini, pelanggan tidak akan mendapat peralatan yang dilengkapi pada model konsep pratonton. Ini  termasuk rak bumbung Coleman, tayar semua rupa bumi (A/T) yang lasak.

Namun jangan risau, para pelanggan boleh mencari aksesori selepas pasaran untuk menjadikan Delica Mini mereka kelihatan sama dengan kereta konsep Coleman.

image.png

Menyentuh mengenai trenkuasanya, Delica Mini dikuasakan oleh enjin mild hibrid tiga silinder sebaris 658cc  yang membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa setakat 63 hp dan tork 100Nm.

Selain itu, varian Delica Mini T Premium 4WD juga mendapat sistem pacuan semua roda (AWD) bagi memastikan ia dipadankan dengan fasad yang lasak.

Varian tertinggi Mitsubishi Delica Mini T Premium4WD  dijual pada harga (RM71,650), manakala Delica Mini x Coleman yang dilengkapi dengan semua pakej pula berharga RM99,536.  


Gallery

Tag:

mitusbishi delica
delica mini
mitsubishi motors corporation
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

[FOTO] K-Car Ranggi & Lasak Terbaharu Mitsubishi, Delica Mini 2023, Ini Yang Kita Tahu...

Sempena ulang tahun ke-55 Mitsubishi, jenama kereta Jepun ini telah mengeluarkan Kei car terbaharu.

08-11-2022
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Dilancar, Ada 5 Varian, Harga Serendah RM102K

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan secara rasminya Mitsubishi Triton generasi keenam, sebentar tadi.

16-10-2024
Global

Mitsubishi Triton Gen-6 Nak Masuk M'sia

Mitsubishi Triton membuat penampilan sulungnya di Thailand, sebentar tadi.

26-07-2023
Berita Auto

Jom Uji Kemampuan Sebenar Xpander & Berpeluang Terima Hadiah Nintendo Switch, G-Shock & Jaket!

Acara ini akan diadakan di tiga lokasi di seluruh negara bermula dengan Shah Alam hujung minggu ini.

13-01-2023
Berita Auto

Jualan Mitsubishi Naik 66%

MMM berjaya menghantar 19,217 unit kenderaan dari April 2021 hingga Mac 2022.

29-04-2022
Berita Auto

Pelbagai Syarikat Kereta Berganding Bahu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Usaha untuk membantu mangsa banjir masih diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pengeluar kereta.

24-12-2021
Kereta Baru

Berita Terkini

Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026