Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MoA Kedua Ditandatangani Untuk Kaji CKD di Tanjung Malim

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(1).jpg

Pengeluar kereta nasional PROTON menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan smart Automobile di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023, Nanning, China.

Perjanjian ini dimeterai tepat 20 bulan selepas kedua-dua pihak menandatangani dokumen yang serupa pada tahun 2022 yang membawa kepada pelantikan PROTON sebagai pengedar rasmi untuk kenderaan smart di Malaysia dan Thailand.

MoA pertama yang ditandatangani adalah untuk meneroka potensi PROTON untuk menjual penawaran EV smart di ASEAN, manakala dokumen baharu pula adalah untuk kedua-dua pihak mengkaji kemungkinan untuk memasang kenderaan smart secara tempatan di kilang PROTON di Tanjung Malim.

image.pngimage.png

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, MoA baharu antara PROTON dan smart Automobile membawa kerjasama ke tahap baharu kerana pihaknya masih dalam perbincangan mengenai memasang model smart di Malaysia.

“Sebagai pengeluar automotif, PROTON sentiasa berhasrat untuk meningkatkan penglibatan kami dengan smart, iaitu bukan sekadar pengedar untuk rantau ASEAN sahaja, kerana terdapat banyak kecekapan untuk dimanfaatkan kerana kedua-dua syarikat adalah ahli Kumpulan Geely,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, sebentar tadi.

Menurutnya, PROTON komited untuk memperkenalkan lebih banyak Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) pada masa hadapan.

“Selepas pelancaran Proton X90, NEV pertama, kami teruja dengan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang EV daripada kerjasama kami dengan smart. 

“Jadi, semua aktiviti pengeluaran kami akan tertumpu di Automotive High Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim, yang juga akan membantu dalam matlamat kami untuk menjadikan Malaysia hab EV serantau,” tambahnya.

Photo-2-(2).jpg

Berikutan pemeteraian MoA pada tahun 2022, PROTON telah mengorak langkah besar dalam usahanya untuk mewakili smart di rantau ini. Perjanjian Pengedaran Am (GDA) telah ditandatangani pada bulan Ogos tahun lalu, diikuti dengan pembentukan PRO-NET, anak syarikat PROTON untuk mewakili kepentingan syarikat dalam ruang kenderaan elektrik (EV).

Sejak itu, PROTON telah menghantar kumpulan pekerja ke China untuk menjalani latihan sambil kerja khusus untuk industri EV untuk membina kumpulan bakat bagi rancangan pasaran EV masa depannya sendiri.

image.png

Ia juga telah menguji smart #1 secara meluas di Malaysia untuk mendapatkan pengetahuan tentang prestasinya apabila dipandu dalam iklim yang unik dan keadaan jalan raya di sini. 

Photo-3.jpg

Sementara itu, PRO-NET telah menandatangani MoU dengan GENTARI iaitu cabang tenaga boleh diperbaharui PETRONAS, membina hubungan kerja dengan pemegang kepentingan ekosistem EV lain, melantik sepuluh pengedar smart serta memperkenalkan smart #1 kepada orang ramai di pelbagai acara.

Langkah terbaharu ialah pelancaran Hello smartApp baru-baru ini pada 14 September, menawarkan empat ciri pertama di Malaysia termasuk penyepaduan 70% peta pengecasan daripada pengendali pengecasan, untuk mengenalpasti ketersediaan, tempahan dan pembayaran untuk pengecas EV dalam negara.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026