Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BYD Rasmi Bilik Pameran Berkonsep Pusat Beli-Belah Di IOI City Mall, Putrajaya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Putrajaya-Caricarz-(4).jpeg


BYD Malaysia telah melancarkan bilik pameran yang berkonsepkan pusat beli-belah pertamanya di Lembah Klang. Bilik pameran yang terletak di IOI City Mall, Putrajaya, telah diwujudkan dengan kerjasama antara BYD, Sime Darby Motors, dan syarikat pengedar tempatan, Millennium Autobeyond.


Bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah ini menjanjikan pengalaman membeli kereta yang lebih menarik kepada para pelanggan. BYD IOI City Mall merupakan bilik pameran BYD pertama dengan ruang penghantaran berkonsep luar demi keselesaan pelanggan.


BYD-Putrajaya-Caricarz-(2).jpg


Berkeluasan 1,299 kaki persegi, bilik pameran ini berfungsi sebagai Pusat 1S yang mempamerkan model-model terkini BYD yang tersedia di pasaran tempatan. 


Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd., Encik Eagle Zhao, berkata, "Kami berharap dapat memperkenalkan BYD kepada penduduk Lembah Klang menerusi bilik pameran berkonsepkan pusat beli-belah yang baharu. Kami berharap, pendekatan ini dapat memperkenalkan lebih ramai orang kepada EV BYD dan teknologi kami yang menjadi peneraju industri."


BYD-Putrajaya-Caricarz-(3).jpg


Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Darby Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan meluahkan kepentingan pembukaan bilik pameran baharu ini kepada penduduk di sekitar Putrajaya. Beliau menjemput sesiapa sahaja untuk mengunjungi bilik pameran berkonsep ini yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik.


BYD-Putrajaya-Caricarz-(1).jpegBYD-Putrajaya-Caricarz-(1).jpg


Orang ramai boleh mengunjungi bilik pameran BYD ini di IOI City Mall, Putrajaya,  yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Dua model BYD yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia, BYD Dolphin dan BYD Atto 3 dapat dilihat dengan lebih dekat. 

Tag:

BYD Malaysia
Bilik Pameran BYD
Konsep Pusat Beli-Belah
BYD IOI City Mall
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-07-2026
EV

16-12-2025
Berita Auto

09-12-2025
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-11-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026