Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

E- Mobility Asia Bakal Dedah Pelbagai Teknologi EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA) akan membuat penampilan sulungnya bermula 22 – hingga 24 November 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Program yang dianjurkan oleh Derrisen Sdn Bhd mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak.

Antaranya, Persatuan Kenderaan Elektrik Malaysia (EVAM) sebagai rakan strategiknya, termasuk Persekutuan Persatuan Kenderaan Elektrik Asia (AFEVA), Persatuan Kenderaan Elektrik Filipina  (EVAP) da Persatuan Kenderaan Elektrik Singapura (EVAS).

Turut serta ialah Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT), Persatuan Industri Kenderaan Elektrik Indonesia (PERIKLINDO),  Persatuan ESG Malaysia (ESGAM), dan Persatuan Elektrik dan Elektronik Malaysia (TEEAM).

Difahamkan EMA telah memperoleh pengesahan rasmi daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARii).

Untuk itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan teknologi EV canggih  yang dipamerkan oleh booth agensi kerajaan, persatuan, dan pempamer tempatan termasuk antarabangsa.

EMA dalam satu kenyataan berkata, pempamer akan mempersembahkan pelbagai teknologi EV termasuk inovasi automotif dan infrastruktur pengecasan.

image.png

“Malah, pempamer bakal  memperkenalkan hasil ciptaan mereka yang paling canggih pada pameran itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa agensi utama turut menyertai persidangan EMA seperti Jabatan Tenaga Filipina (JAS), Rangkaian Persatuan EV Global (GEAN), MITI, MARii, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC).

Turut serta ialah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Lembaga Pelaburan Filipina (BOI) 

Ini bermakna kesemua wakil nanti  mempunyai peluang untuk menjalin kerjasama dengan bertukar kepakaran serta meneroka potensi perkongsian dalam sektor kebolehgerakan dinamik.

image.png

Sesi itu nanti akan turut menampilkan penceramah dari China, India, Indonesia, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan beberapa negara lain.

Apapun, acara selama tiga hari akan membentuk semula landskap industri EV.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan transformatif ini dalam dunia E-Mobility Asia!

Gallery

Tag:

EMA
EVAM
TEEAM
EVAP
ESGAM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pameran & Persidangan E-Mobility Asia Kini Berlangsung Di KLCC – Teknologi Inovatif EV Dipamerkan

Pameran dan Persidangan E-Mobility Asia (EMA) telah membuka tirainya secara rasmi hari ini. Apa yang menarik?

22-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026