Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Myvi Kini Sedia Untuk Perlumbaan Ketahanan Sepang 1000KM 23-26 Nov Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-52.jpg


International Modified (IAM) Kuala Lumpur and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 di MITEC, Kuala Lumpur menyaksikan pelancaran rasmi kereta lumba Myvi S1K 2023. Myvi S1K tampil dengan livery perlumbaan baharu yang bergaya, dengan gabungan warna yang menyerlah, hijau dan merah yang diinspirasikan daripada jenama Perodua


Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-50.jpg


Myvi S1K merupakan Perodua Myvi pertama dan satu-satunya yang bersaing dalam Perlumbaan Sepang 1,000KM. Model ‘king’ ini bakal beraksi dalam kategori perlumbaan, SP2V, menjadi pesaing  kepada model-model lain seperti Honda Jazz, Suzuki Swift dan banyak lagi. 


Pasukan yang kini diberi nama DMM 204 Speedster, diketuai oleh Datuk Dr. Zahari Husin, dengan barisan pemandu yang berpengalaman dan penaja baharu.


Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-49.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-59.jpg


Untuk perlumbaan kompetitif kali ini, Faiz Sulaiman kekal sebagai pemandu, sementara Shafiq Rosli dilantik sebagai Pengarah Perlumbaan, dan Fariqe Hairuman sebagai Pengarah Teknikal Perlumbaan. Pemandu lain ialah Ashraff Dewal dan Aiman Haziq.


DMM 204 Speedster tahun ini menerima tajaan daripada DMM Performance, jenama di bawah DMM Sales, pengedar berlesen Perodua terbesar di Malaysia. Penaja lain ialah Vort-X Malaysia, EXN, Wrap Autowerks, Raxer Wheels, Max Racing, AES, 4 Qul, Fawster, Recaro Malaysia, RnR Autosport, 204 Autoworks dan MS Racing.


Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-58.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-56.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-57.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-54.jpg


Pemilihan Perodua Myvi untuk perlumbaan ini dibuat berdasarkan kemampuan model ini yang telah terbukti selepas berjaya menempuhi sejumlah 181 pusingan di litar Sepang sebelum ini. Walaupun telah mempamerkan prestasi luar biasa, pasukan terus bekerja keras untuk menambah baik segenap aspek Myvi S1K. 


Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-48.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-60.jpg


Proses pembangunan model ini cukup mencabar kerana data perlumbaan yang terhad berbanding kereta perlumbaan lain yang telah terbukti seperti Honda Jazz atau Suzuki Swift. Walau dengan masa dan alat ganti yang terhad dalam perlumbaan sebelum ini, pasukan berjaya membuktikan kebolehan dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 dalam kelasnya, dan tempat ke-38 daripada 68 kereta secara keseluruhan. 


Web_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-51.jpgWeb_CariCarz_IAM-MIME-2023-Launched-61.jpg


Perlumbaan ketahanan Sepang 1000KM 2023 akan berlangsung pada bulan hadapan, dari 23 hingga 26 November.


Tag:

MITEC
DMM 204 Speedster Perodua Myvi S1K
Perlumbaan Sepang 1,000KM
Perodua Myvi
Myvi S1K
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

IAM-MIME 2023 Kini Berlangsung Hingga 29 Okt – Hampir 300 Kereta Modifikasi!

International Modified (IAM) KL and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 kini sedang berlangsung di MITEC. Apa yang menarik?

27-10-2023
EV

[GALERI] Ekspo EVM Asia 2023: Pameran Mobiliti Hijau Meriahkan Acara

Suasana sekitar Ekspo EV Antarabangsa, Teknologi Mobiliti, Alat Ganti dan Komponen 2023 (EVM Asia 2023).

21-09-2023
Berita Auto

EVM ASIA 2023: Pameran EV Terbesar Malaysia, Lebih 200 Syarikat, 19-21 Sept Ini

Pameran EVM ASIA 2023 edisi kedua bakal berlangsung di MITEC.

27-07-2023
Berita Auto

MMM Tayang 2 Kereta, Boleh Pandu Uji

Jom meriahkan Tokyo Auto Salon 2023 tapi jangan sentuh kereta pameran.

09-06-2023
Berita Auto

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...

Bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%!

16-01-2023
Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026