Link Copiedcheck_circle
EV

Bateri Maxus Dajia 7 Jenis Boleh Tukar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Maxus MIFA 9 yang dikatakan MPV mewah sudah pun dijual secara rasmi untuk pasaran tempatan, baru-baru ini.

Ia yang berharga RM269,888 dikatakan cukup sesuai buat mereka yang sedang mencari MPV mewah.

image.png

Namun ada satu lagi MPV yang menyerupai MIFA 9 yang dikenali sebagai SAIC Maxus Dajia 7.

Sebaliknya ia bukannya untuk pasaran kita tetapi untuk China. 

MPV ini dikatakan sedikit kecil berbanding Maxus MIFA 9 kerana ia sepanjang 4,907 mm, selebar 1,885 dan setinggi 1,756 manakala jarak roda pula 2,975 mm.

Malah, Dajia 7 ini juga lebih kecil berbanding MPV Toyota Vellfire generasi keempat yang sepanjang 5,005 mm dan setinggi 1,950 mm.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia menampilkan siluet yang berkotak dan dipadankan dengan  lampu depan LED penuh dengan bar DRL lebar penuh yang agak nipis.

Malah, muka depannya tidak mempunyai sebarang gril memandangkan ia adalah MPV elektrik.

Selain itu, pemegang pintunya juga jenis bersembunyi serta lampu belakangnya juga jenis LED.

image.pngimage.png

Tidak seperti MIFA 9 yang hadir dengan enam pilihan cat di bahagian luaran kerana Dajia 7 cuma ditawarkan dengan satu warna cat di bahagian luaran. 

Satu lagi persamaan antara Dajia 7 dan MIFA 9 adalah dalam konfigurasi tempat duduknya, dengan kedua-dua model ditawarkan dalam susun atur enam tempat duduk dan tujuh tempat duduk. 

Walaupun model tujuh tempat duduk mendapat susun atur tempat duduk 2-2-3 namun  Dajia 7 didatangkan dengan susun atur 2-1-3 yang unik, di mana tempat duduk penumpang hadapan bukan sahaja boleh direbahkan ke barisan kedua, malah boleh diputar secara elektronik 180 darjah untuk berhadapan dengan penumpang baris kedua dan ketiga.

Dipasarkan sebagai MPV EV mewah, maka Dajia 7 dilengkapi dengan kabin yang cukup moden dan mewah.

Ia dilengkapi dengan  skrin 12.3 inci di bahagian pemuka hadapan, sistem infotainmen berkuasa Qualcomm Snapdragon 8155, bumbung kaca panoramik penuh dan pintu gelangsar berkuasa.

image.png

Beralih kepada spesifikasi baterinya, Maxus Dajia 7 hadir dengan dua versi untuk pasaran China – versi EV berkuasa bateri biasa, serta BEV dengan bateri boleh tukar yang diperoleh daripada CATL. 

Dua saiz bateri ditawarkan kepada EV MPV , sama ada unit NMC 77-kWj yang lebih kecil yang bagus untuk julat EV maksimum 527 KM, atau unit 90-kWj yang lebih besar yang menawarkan julat sehingga 605 KM – kedua-dua anggaran adalah pada protokol CLTC domestik China.

Tidak kira jenis dan kapasiti bateri, Dajia 7 dikuasakan secara eksklusif oleh satu persediaan motor elektrik dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 244 PS (179 kW), yang membuatkan ia boleh mecapai kelajuan maksimum sekitar  iaitu 180 km/j.

Sebelum ini, Maxus Dajia 7 telah membuat penampilan sulungnya sempena Pameran Auto Chengdu 2023 pada  awal tahun ini.

Maxus Dajia 7 telah mula dijual di China sejak beberapa bulan lalu, dimana Car News China ada melaporkan MPV itu  berharga dari CNY 259,800 hingga CNY 299,800 (RM168, 328 -RM194,24 ) bergantung kepada varian.

Apa pula pandangan anda mengenai SAIC Maxus Dajia 7, kongsikan komen anda di bawah ruangan ini!

Gallery

Tag:

SAIC Maxus Dajia 7
Maxus Dajia 7 EV MPV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV