Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bermaz Berjaya Kutip Dana RM800,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengimport dan pengedar rasmi Mazda, Bermaz Motor  mengadakan Kejohanan Golf Amal Mazda 2023 di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam baru-baru ini.

Seramai 184 peserta menyertai kejohanan kesembilan itu yang diadakan  untuk mencari dana bagi meringankan beban Mazda Medicare Fund (MMF) .

image.png

Menerusi acara itu, ia  berjaya mengumpul dana sebanyak RM800,000 yang disumbangkan oleh para peserta (pemain golf).  penderma dan penaja kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, kesemua hasil kutipan itu telah diserahkan kepada MMF.

image.png

Tidak terkecuali, wakil-wakil dari Tabung Kebajikan Penyakit kanser Mount Marian di Pulau Pinang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih dan Pertubuhan Baitul Mahabbah turut  menerima sumbangan.

Sebagai rujukan, MMF ditubuhkan pada tahun 2015. 

Ia dikelolakan oleh Prima Merdu Sdn Bhd dengan kerjasama B. Braun Avitum Renal Services yang menawarkan perkhidmatan haemodialisis kepada pesakit-pesakit tahap akhir renal (ESRD) serta yang mengalami masalah kewangan.

Setakat ini, terdapat sebanyak 13 pusat dialisis B. Braun di seluruh negara manakala pesakit yang layak akan menerima rawatan secara subsidi.

image.png

Sejak tujuh tahun lalu, MMF telah menyumbangkan dana sebanyak RM5 juta kepada pusat-pusat dialisis B. Braun termasuk badan kebajikan yang lain di seluruh negara.

image.pngimage.png

Selain itu, MMF juga turut membantu pelbagai komuniti kebajikan seperti rumah orang tua, rumah anak yatim, orang kurang upaya dan kanak-kanak sindrom down.

Sebaliknya, komuniti terbabit ditapis dengan teliti oleh Pasukan MMF untuk memastikan bahawa semua hasil derma digunakan dengan sebaik mungkin.

image.png

Bagi yang tidak tahu, kad Mazda Privilege (MPC) turut diperkenalkan pada 2018 di yuran pendaftaran untuk pemohon atau RM100 akan disalurkan ke MMF.

Ini bermakna, pemilik Mazda bukan sahaja dapat membantu tetapi turut menikmati pengecualian cukai untuk derma daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pemegang kad MPC juga layak untuk menerima diskaun 15 peratus untuk alat ganti terpilih Mazda dan diskaun 5 peratus untuk bayaran upah (labour) di mana-mana pusat pameran atau pusat servis Mazda di bawah Bermaz Motor dan Prima Merdu.

Gallery

Tag:

Mazda Malaysia
Mazda Medicare Fund (MMF)
Bermaz Motor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta

Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta.

07-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.

01-10-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Berita Auto

Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.

11-06-2025
Kereta Baru

Mazda 3 1.5 High Plus 2025 Dibuka Untuk Tempahan — Lebih Mewah, Lebih Mampu Milik

Pra-tempahan bagi Mazda 3 2025 varian 1.5 High Plus dalam bentuk sedan dan hatchback (liftback) kini dibuka.

03-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Syabas! Perodua Traz Terima Penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP

Perodua Traz yang baru dilancarkan ke pasaran tempatan beberapa hari lalu, berjaya meraih penarafan lima bintang bagi ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

19-12-2025
Berita Auto
Berita Auto

Perodua Tambah 34 Cawangan, Ramai Minat QV-E, Sehinggakan Perodua Kini Buka Tempahan Secara Manual

Perodua telah menambahkan daripada 9 cawangan kepada 34 cawangan bagi memudahkan proses tempahan QV-E yang kini sudah dibuka secara manual.

19-12-2025
Berita Auto

Kes Curi Kabel Melonjak Hampir 70%, Prasarana Rayu Orang Ramai Turut Bantu

Hanya dalam tempoh tiga tahun, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) perlu menanggung kerugian mencecah RM20.6 juta gara-gara aktiviti curi kabel yang semakin ‘rancak’ sejak kebelakangan ini.

19-12-2025
Berita Auto

Perhatian! JPJ Selangor Sudah Mula Guna Kamera Badan

Pemakaian kamera badan bertujuan untu melindungi anggota penguat kuasa daripada sebarang salah faham, tuduhan tidak berasas atau gangguan semasa menjalankan tugas

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Cadangan Tukar Subsidi BUDI95 Kepada Rebat Tunai EV, Hibrid

Kerajaan menegaskan bahawa skim bantuan subsidi bahan api, BUDI95, tidak akan ditukar menjadi rebat tunai bagi menggalakkan pembelian kenderaan elektrik (EV) atau hibrid.

19-12-2025
Berita Auto

Krismas: Kerajaan Umum Diskaun Tol 50% Bermula 23, 24 Dis Ini!

Kerajaan memberikan diskaun 50% ke atas bayaran tol bagi kenderaan persendirian bermula dari 23 dan 24 Disember ini.

19-12-2025
Berita Auto

Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan

Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.

18-12-2025