Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Datang Jauh, Jauh, Tragedi Konvoi Tukar Jadi Mimpi Ngeri

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Niat untuk konvoi di Johor Bahru bertukar menjadi mimpi ngeri apabila tiga daripada enam kereta McLaren dari Singapura terlibat dalam rempuhan di Kilometer 63 Jalan Yong Peng-Kluang, Johor pada Ahad lepas.

Rempuhan itu berlaku secara tidak sengaja apabila tiga buah McLaren yang berada dalam satu barisan merempuh antara satu sama lain.

image.png

Difahamkan, McLaren pertama telah memperlahankan kenderaannya kerana mahu masuk ke simpang kanan manakala McLaren kedua di belakang menekan brek.

Gara-gara menekan brek secara mengejut, McLaren ketiga dari belakang, hilang kawalan dan tidak sempat brek  menyebabkan ia terlanggar belakang McLaren kedua.

image.pngimage.png

Susulan pelanggaran tersebut, kereta kedua bergerak ke hadapan dan terlanggar pula belakang McLaren pertama.

Mujur, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kesemua kereta mewah itu kemek teruk di bahagian hadapan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Nor mengesahkan pihaknya ada menerima aduan berhubung insiden itu.

Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.


Gallery

Tag:

kemalangan jalan raya
McLaren
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Enam Beranak Ditemui Lemas, Kereta Terjunam Ke Dalam Sungai Korok, Al-Fatihah

Kehilangan sebuah keluarga akhirnya terungkai apabila enam beranak yang dikhuatiri hilang itu ditemui maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dalam sungai.

07-07-2025
Berita Auto

VIRAL : 3 Penunggang Motosikal Terjatuh Di Lokasi Sama, Tiada Kesan Tumpahan Minyak

Polis kini sedang mengesan dua penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu.

28-04-2025
Berita Auto

Dalam 6 Tahun, Lebih 1,400 Kematian Akibat Kemalangan Lori

Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.

29-12-2024
Berita Auto

Penjawat Awam Maut Di LPT 2

Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.

26-11-2024
Berita Auto

Satu Nyawa Melayang Setiap 80 Minit, 70% Penunggang Motosikal

Kemalangan jalan raya tahun lalu menyebabkan 6,000 kematian dengan purata satu nyawa terkorban setiap 80 minit.

11-10-2024
Berita Auto

"Angka Ini Sangat Menyedihkan,"- Loke

Ramai penunggang motosikal terkorban di atas jalan raya.

17-05-2024
Berita Auto

Apa Kes, Tesla Buat Hal!

Sebuah Tesla berwarna merah merempuh seorang penunggang motosikal sehingga tersembam di atas jalan raya.

13-05-2024
Berita Auto

Rempuhan Kuat Nasib Semua Selamat

Ngeri, sebuah treler rempuh 10 kenderaan.

26-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026