- Berita
- Berita Auto
- Mulai Tahun Depan, Harga BMW Naik
BMW Group Malaysia mengumumkan pengemaskinian harga baharu untuk kedua-dua modelnya, BMW dan MINI di Malaysia yang akan berkuasa bermula 1 Januari 2024.
Syarikat itu berkata, peningkatan harga itu adalah disebabkan kadar inflasi global semasa serta kos pembuatan yang semakin meningkat.
"Pengemaskinian harga berpurata sekitar 2.3% (termasuk BSRI) dan 0.3% (termasuk MSRI) masing-masing akan terpakai bagi model-model kenderaan BMW dan MINI di Malaysia, bermula Januari depan.
"Jadi, bagi memastikan program waranti dan penyelenggaraan BMW Group Malaysia dapat terus ditawarkan dengan standard yang tertinggi, harga pakej Inklusif Servis dan Pembaikan BMW serta MINI (BSRI/MSRI) akan mencerminkan pengemaskinian harga tersebut mulai 1 Januari 2024," katanya dalam satu kenyataan.
Ini bermakna terdapat peningkatan harga buat keseluruhan sebanyak 1 hingga 2% tidak termasuk BSRI di Malaysia.
"Bagi portfolio MINI, barisan kenderaan semasa tidak akan menerima pengemaskinian harga di Malaysia," tambahnya.
Bagaimanapun, kenaikan kadar MSRI 2024 akan terpakai bagi semua model, dengan kenaikan dalam lingkungan 0.3 hingga 0.5%.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari